PELANGGAN CIMB MERUNGUT. HAMPIR 11K PEMEGANG ACCAUNT DI SEKAT

 


 

Akaun pelanggan kena beku, baki negatif tiba-tiba, ini penjelasan CIMB. Baru-baru ini, sebahagian pengguna akaun bank CIMB dikejutkan dengan pembekuan akaun secara tiba-tiba dan ada pula yang dipaparkan angka sehingga negatif pada akaun peribadi. Hal ini sekaligus mengakibatkan sebarang urusan transaksi menjadi sukar buat mereka yang terkesan.

Menerusi perkongsian New Straits Times, pihak CIMB telah menjelaskan mengenai perkara tersebut bahawa terdapat kesilapan pemprosesan pada sistem perbankan yang mendorong kepada sebilangan kecil akaun dibekukan secara mengejut. Didapati sekitar 11,000 akaun pelangan bank CIMB telah dibekukan sejak Isnin minggu ini.

Lanjutan daripada itu, pengguna yang terkesan juga telah menerima mesej yang menyatakan bahawa terdapat hutang ribuan ringgit bersama bank tersebut. CIMB juga menambah mereka sedang menghubungi pelanggan yang terjejas untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sehubungan itu, pelanggan yang terjejas juga diminta menghubungi pihak CIMB pada talian 03-2295-6188 untuk tindakan selanjutnya. Semoga perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar para pengguna boleh melakukan urusan transaksi seperti sedia kala.

Walau bagaimana pun terdapat juga pelanggan yang dikatakan menerima surat supaya menandatangi surat tersebut menyatakan bahawa mereka berhutang. Sehingga kini belum ada penjelasan tuntas dari pihak CIMB berkaitan akaun pelanggan mereka. Ramai masih tertanya tanya kenapa keadaan ini berlaku dan sekiranya tindakan tidak diselesaikan ramai yang akan bersatu untuk menyaman pihak bank yang mana akaun mereka dikatakan berhutang dengan CIMB.

Bagi pihak bank pula mereka memberikan tempoh sehingga 2 hb Feb bagi menyelesaikan masaalah pelanggan. Belum ada kepastian sehingga kini. Pelanggan bank menunggu sehingga 2 HB Februari bagi membolehkan akaun mereka diguna pakai.

Namun ramai yang dijangka akan beralih kepada bank lain yang difikirkan selamat kerana keselamatan pemegang akaun tidak dijamin oleh CIMB kerana boleh berlaku sedemikian rupa. Ianya menunjukkan kelemahan sistem perbankan CIMB.

No comments: