Adakah program-program pendidikan lebih berbahaya daripada gejala rasuah yang semakin berleluasa di negara kita?

DR MAZLEE MALEK

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P151 Simpang Renggam sentiasa komited dalam melakukan aktiviti-aktiviti dan program-program demi kesejahteraan dan kebajikan warga Parlimen Simpang Renggam.
Baru-baru ini juga, Parlimen Simpang Renggam telah meluncurkan video bagi Kad Laporan Pencapaian tahun 2021 bagi tatapan umum.
Anda boleh lihat di sini: https://fb.watch/aRXsIXiHQY/
Namun, program-program yang diadakan demi kesejahteraan dan kebajikan warga Simpang Renggam ini dianggap sebagai perkara yang boleh disabitkan kesalahan.
Apakah rasional di sebalik tindakan tersebut? Mengapa perkara sebegini dijadikan polemik? Sedangkan perkara yang terang lagi bersuluh tidak diacuhkan sama sekali.
Ikut hati mati.
Ikut rasa binasa.
Ikut mata buta.
Daripada rakyat kepada rakyat.
0:00 / 0:00

No comments: