Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah, Terpaksa Bayar Hutang ‘Tak Wujud’ Lebih RM28K





Trending

Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah, Terpaksa Bayar Hutang ‘Tak Wujud’ Lebih RM28K

Menurut NST, CIMB memaklumkan terdapat masalah pemprosesan pada sistem perbankan mereka sehingga menyebabkan beberapa akaun pengguna dibekukan.


BY AHMED FAEZ

JANUARY 27, 2022

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!Follow Kami

 CIMB menghubungi kami dan memaklumkan masalah ini berlaku akibat masalah pemprosesan.

Seorang pengguna Twitter, @pundetaguna meluahkan rasa kecewanya selepas berdepan situasi kewangan yang tidak dijangka apabila dipaksa membayar sejumlah RM28,490.23 kepada Bank CIMB.

Dia menerusi satu ciapan menjelaskan pada mulanya ada menerima satu mesej yang memaklumkan akaun bank miliknya akan akan ditolak dengan sejumlah wang besar bernilai RM28,500.90 bermula 2 Februari 2022.

Menyangkakan ia hanyalah satu mesej ‘tidak penting’ dia bagaimanapun tergerak hati untuk menyemak akaunnya menerusi CIMB Clicks sebelum mendapati dia mempunyai baki negatif sebanyak RM28,490.23.

Ini bermakna dia ketika ini sedang berhutang dengan bank sebanyak itu.


Terkejut dengan jumlah tersebut, dia kemudian bertindak melaporkannya kepada pihak CIMB namun dari jawapan yang diterima, transaksi dan jumlah berkenaan adalah sahih justeru dia perlu membayarnya kepada pihak bank.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikannya, CIMB menjelaskan ianya terjadi kerana berlaku aktiviti duplikasi wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun miliknya.

Oleh itu pihak bank telah membeku dana berkenaan dan akan mendebit semula wang itu sebagai pembayaran kepada CIMB.


Lebih mengecewakan apabila pihak CIMB memaklumkan dia perlu membayar wang tersebut meskipun individu ini bertegas yang dia tidak pernah menerima wang tersebut.

Tambahnya lagi, pihak Bank juga memaklumkan akan menghubunginya untuk berbincag mengenai cara pembayaran di mana dia mendakwa mereka turut menawarkan pelan pembayaran secara ansuran.

Dia dalam masa sama turut menafikan ada terlibat dengan sebarang aktiviti kripto wang atau perdagangan mata wang asing dalam talian yang memungkinkan dia untuk berdepan situasi sebegitu.

tambahan: aku takde main crypto ke apa lancau pastu kaitan ngan cimb ni. TAKDE.

— manap.exe (@pundetaguna) January 27, 2022

Ratusan atau ribuan pengguna berdepan perkara sama, ada yang cecah RM 103k

Carian kami di Facebook CIMB mendapati terdapat sejumlah pengguna yang turut berdepan perkara sama.

Bahkan lebih teruk, ada yang menerima mesej mendakwa mereka mempunyai hutang lebih RM130,000 kepada bank tersebut.

 

Bahkan ada yang mendakwa akaun mereka turut dibekukan ekoran dari perkara tersebut.

Isu ini menyebabkan ruangan komen CIMB teruk diserang netizen yang mahukan jawapan dan penjelasan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.56.00.jpeg

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.55.59.jpeg

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.55.57.jpeg

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.55.55.jpeg

CIMB maklumkan ada masalah pemprosesan

Menerusi laporan NST, CIMB kemudian memaklumkan terdapat masalah teknikal pemprosesan pada sistem perbankan mereka yang menyebabkan sebilangan kecil akaun pengguna dibekukan.

Mereka bagaimanapun akan menghubungi pelanggan yang terkesan bagi menyelesaikan isu berkenaan secara adil dan terurus.

Tambah CIMB lagi, pelangan yang terkesan juga boleh menghubungi mereka di 03 2295 6188 untuk penjelasan dan perbincangan lanjut.

 

No comments: