Dari pelacur, gigolo, bohsia dan berudu...πŸ™ˆ

 

NORMAN RADZUAN


Dari pelacur, gigolo, bohsia dan berudu...πŸ™ˆ


BN, PH dan PN...Muhyiddin yg paling gelisah

BENARKAH PENGUNDI BERALIH ARAH?


Saya mengikuti pertemuan pacaran Bersatu dan PAS semalam. Ya pastinya mereka memutudkan utk meneruskan kerjasama walaupun PAS cuba 'curang' utk menjalinkan hubungan dgn UMNO utk PRN Johor.


Situasi PAS ini ibarat sang suami yg sanggup berpisah dgn isteri pertama demi mengejar harta dunia kerana buah hati baru seorang yg berkuasa dan kaya. Kemudian ingin merujuk kembali dgn isteri pertama bila isteri baru sudah tidak berharta lagi. Mantan Isteri pertama menolak kerana mantan suaminya ingin dia bermadu dgn isteri barunya ituπŸ˜ƒ


Kembali kpd pertemuan kedua pacaran ini... saya melihat suasananya agak sugul. Tuan Ibrahim dan Takiyuddin tidak ceria seperti selalunya. Nak tegur itu Tuan Guru... itu mengikut bacaan bahasa badan yg saya cuba hayati... mungkin benar mungkin tidak.


Saya yakin Muhyiddin, Takiyuddin serta Tuan Ibrahim tahu mereka mungkin tidak mampu mengulangi kejayaan yg lalu. Bersatu ketika itu menumpang populariti kebangkitan rakyat melalui PH.


Bagaimanapun oleh kerana Bersatu mempunyai 8 DUN di Johor... kekuatan akar umbinya tetap ada cuma pengundinya belum pasti. Bagi saya Bersatu kali ini byk bergantung kpd pengundi PAS.


Pun begitu PH jgn over konfiden. Jgn jadi seperti di Melaka kerana bukan sahaja gagal mengambil alih Melaka tetapi  PN memberi kejutan memenangi 2 kerusi dan mengatasi PH di beberapa kawasan DUN. Lebih penting ahli2 PKR yg asyik mahu bergerak solo kena ingat di Melaka dan Sarawak kita mendapat telur ayam.


Jadi bila pemintaan ahli utk menggunakan logo sendiri kalian kena buktikan dgn bekerja keras. Nanti bukan sahaja diketawakan oleh lawan tetapi rakan2 komponen kita di dlm PH.


Apabila wujudnya PN... keyakinan UMNO semakin tinggi. Ini kerana UMNO tahu bila wujudnya PN pengundi mereka tidak tergugat tetapi pengundi PH yg akan tergugat sekurang kurangnya 10%-20% di setiap DUN.


Yg menarik saya nantikan PRN Johor ini ialah ia merupakan pentas cerminan PRU15 nanti. Kita mesti ingat di PRN Johor yg dinanti nantikan ialah keputusan Undi18. Selain itu ialah adakah mood org Melayu benar2 sudah beralih arah atau tidak.


Ini perlu kita ingat, di Melaka PH memainkan isu rasuah Najib, pengkhianatan, korupsi pimpinan kerajaan negeri tidak laku atau langsung tidak memberi kesan kpd org Melayu di Melaka.


Apapun samada BN memenanginya atau tidak... Muhyiddin adalah org yg paling runsing dgn PRN Johor ini. Baru dibubar PAS nak bekerjasama dgn UMNO, baru dibubar dua ADUN sudah tinggalkan Bersatu... apatah lagi jika tewas teruk jgn terkejut jika PAS minta bercerai buat sekalian kalinya dgn dalil2 terbarunya.


Muhyiddin dulu pernah berkata PAS ini parti ajaran sesat tetapi demi kuasa dia tak kisah dgn kata2nya itu. Saya dpt merasakan sebaik tamat PRN Johor PAS bakal meninggalkan Bersatu. Sedangkan Azmin Ali dan Zuraida yg merupakan MPT Bersatu pun dilihat seperti tidak bersungguh2 berjuang utk Bersatu.


Muhyiddin kena ingat Ku Li mengatakan PAS ini pelacur, A Kadir Jasin kata PAS ini gigolo, Khalid Nordin pula berkata PAS ini bohsia dan terbaru Shabery Chik kata PAS ini ibarat berudu. Gambaran betapa teruknya sikap pemimpin2 PAS berpolitik daripada mulut team Muafakat Nasional sendiri.


PAS hanya bernasib baik kerana mempunyai pengikut yg digelar walaun. Jika tidak dgn sikap pemimpin PAS ini sudah lama mereka ditolak jika mengikut lojik dan akal.


Kenapa PH gagal? PH gagal kerana mereka tidak bersatu seperti PRU14. PKR dilihat seperti sendirian manakala Amanah dan Dap dilihat byk mengambil pendekatan yg berbeza walaupun seolah olah segala keputusan diselesaikan di Majlis Presiden.


Persoalan terakhir benarkah pengundi beralih arah. 

Ia banyak berkait rapat dgn animisme dan dinamisme org Melayu dlm berpolitik. Benar berlaku peralihan pengundi tapi dlm sekitar 10%. 


Faktor lain juga menyumbang peratusan mengundi PH merosot seperti dlm PRN Melaka ialah ramai tidak pulang mengundi, PH tidak dibenarkan berkempen secara fizikal dan seperti saya katakan jika PH berjaya minimumkan masalah dalaman parti, kerja satu pasukan yg jitu seperti PRU14 kita byk membantu.


Apapun bukan hanya PH tetapi BN dan PN juga buat julung kalinya tidak berani mendabik dada. Ini kerana masing2 tertanya 175 ribu pengundi 18 ini akan mengundi siapa? Jadi jgn kita hairan masing2 akn byk berkempen isu anak2 muda.


Saya yakin di hati kecil Muhyiddin mesti ada sedikit kekesalan atas apa yg dilakukan. Tidak pernah berlaku dlm sejarah negara pengkhianatan ke atas undi rakyat hanya utk bergelar PM 18 bulan. 


Apa yg dilakukan Muhyiddin menjadi pengajaran sikap tamak membawa kerugian dan menyesal tidak berguna lagi kerana Tuhan telah memberi dia peluang buat kali kedua. Walaupun khabarnya Bersatu ingin mengajak berkolaboratif dgn PH... buat masa ini jangan. Muhyiddin itu mcm Mahathir tak boleh dipercayai.



No comments: