Malam tadi saya hadir menziarahi jenazah almarhum saudara Saeden Bin Wateh atau lebih dikenali sebagai Pak Din Gayong yang telah pergi meninggalkan kita semua.
Secara peribadi, beliau semasa hayatnya banyak membantu saya di pejabat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, dan pemergiannya ini ternyata meninggalkan kesan yang tidak kecil kepada saya.
Anak-anak gayong juga pasti terkesan tatkala arwah Pak Din begitu dekat dengan seni pusaka gayong dan tidak pernah lelah mendidik serta memelihara budaya dan warisan Melayu ini.