Junaidi, jangan menyibuk kes Azam; gerakkan sesi pendengaran jawatankuasa terpilih segera

 


Kenyataan Ketua Pesuruhanjaya Azam Baki menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan

 
Probe Azam Baki's alleged shareholdings

Ia cukup membingungkan saat Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Jaafar pula yang memberikan alasan bagi pihak ketua pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki sebelum penyiasatan penuh dilakukan.

Junaidi mendakwa jumlah RM330,000 yang dilaburkan oleh Azam sesuatu yang “mampu milik”

Sama ada jumlah tersebut mampu diperolehi atau tidak bukanlah isu utama.

Daripada menjustifikasi tindakan Azam yang kontroversi itu, Junaidi sebaliknya perlu meminta Azam untuk hadir berhadapan dengan jawatankuasa terpilih khas parlimen serta inkuiri tahap tertinggi yang bebas.

Kita juga terkejut dengan sokongan membuta tuli tiga timbalan pesuruhanjaya SPRM, yang menyangkal tuduhan terhadap Azam sebagai “dimotivasikan oleh politik dendam bagi memburukkan imej dan kredibiliti SPRM”.

Perkara yang memburukkan imej SPRM kini hanyalah kerana melambatkan penubuhan sebuah inkuiri peringkat tertinggi yang bebas.

Keengganan untuk mengadakan sesi pendengaran khas melibatkan Jawatankuasa Terpilih Khas terhadap Agensi di Jabatan Perdana Menteri juga cukup mengecewakan. Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dari Pas mempengerusikan jawatankuasa melibatkan sembilan anggota iaitu dua Ahli Parlimen Umno, dua dari Pas (termasuk Abdul Latiff), seorang dari Gabungan Parti Sarawak, tiga dari Pakatan Harapan dan seorang dari Warisan.

Setiausaha Dewan Rakyat sepatutnya menetapkan tarikh agar pendengaran ahli jawatankuasa terpilih dapat dilakukan segera.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
9 Januari 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

No comments: