1 Malaysia kena tipu, varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun.Selepas satu demi satu varian COVID-19 dikenalpasti, kini tular pula tentang para saintis di Cyprus yang dikatakan telah menemui varian terbaharu gabungan Delta dan Omicron yang dikenali sebagai Deltacron.
Sebelum ini dikatakan sebanyak 25 kes telah dikesan berkaitan varian ini dan menurut pakar varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.
Walau bagaimanapun, menurut portal Newsweek, beberapa pakar virologi telah pun menolak laporan tentang varian COVID-19 baharu yang digelar sebagai Deltacron itu atas dasar kesilapan yang berlaku ketika melakukan ujian makmal.
Menurut pengarah genomik di Louisiana State University Health Shreveport, Krista Queen menjelaskan bahawa kemungkinan sumber ralat boleh dikesan daripada teknik penjujukan yang digunakan untuk mengenal pasti sampel COVID-19 yang telah dikumpulkan oleh para saintis di Cyprus.
Apabila penyelidik ingin mengenal pasti varian COVID-19, mereka perlu menyusun maklumat genetik sampel virus kerana maklumat ini berbeza antara varian. Untuk menjadikannya lebih efisien, teknologi penjujukan menggunakan primer yang menguatkan bahagian tertentu genom.
Satu protokol penjujukan tertentu, dikenali sebagai ARTIC V3, diketahui tidak dapat mengesan bahagian tertentu genom Delta. Kawasan keciciran ini dipanggil amplicon #72. Terutamanya, di lokasi inilah ciri-ciri seperti Omicron bagi varian “Deltacron” muncul.
Dr. Kostrikis dan pasukan Cyprus telah menghubungi GISAID dan meminta agar penjujukan genod yang dihantar oleh mereka ke pangkalan data GISAID ditarik semula.
Haih, nampaknya varian Deltacron yang digembar-gemburkan itu sebenarnya adalah tidak wujud dan hanya berlaku kesilapan data. Semoga dengan pencerahan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan kegusaran masyarakat tentang varian terbaharu ini. Namun begitu, orang ramai dinasihati supaya tetap berhati-hati dengan virus COVID-19 yang masih lagi kian menular.