Lawat Hulu Langat: Anwar naik motor, PM Ismail naik kereta mewah

 


Lawatan dua pemimpin utama negara ke Daerah Hulu Langat semalam dan hari ini jelas terlihat perbezaannya.


Semalam, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat menggunakan motorsikal.


Presiden KEADILAN itu membonceng motorsikal sukarelawan Team Selangor bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau mengganggu tugas pembersihan sukarelawan biar pun beliau mempunyai pengiring polis (out rider) serta pengawal.


"Jadi kita minta sukarelawan, NGO supaya kawal kemasukan kereta, memberi laluan utama kepada lori sampah.


"Sebab itu saya naik motor, kalau naik kereta dengan VIP, mengganggu pekerja membersihkan kawasan," katanya kepada pemberita alasan mengapakah beliau sanggup menempuh jarak lebih 2 kilometer membonceng motorsikal.







Ismail hadir menaiki kenderaan rasmi kerajaan melambai rakyat


Bagaimanapun hari ini, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke daerah yang sama diberitakan menaikki kereta rasmi kerajaan.


Hal itu disindir netizen, kerana setelah seminggu baharu datang menjengok mangsa, apakah beliau ingin membantu mencuci selut banjir.

"PM dah blah ke Dusun Tua pulak. Katanya dia datang tadi tolong cuci.


"Cuci mata...." senda seorang pengguna Twitter.

Manakala akaun mikro media berkenaan, ADUN Dusun Tua, Edry Faizal dari DAP didapati meluahkan rasa agak terkilan kerana banyak polis menyekat laluan sehingga beliau tidak dapat hadir bersama menyambut kedatangan Ismail Sabri.












No comments: