JKKK didakwa curi minyak masak peruntukan mangsa banjir di Pahang

 Saya menghubungi kawan saya yang menjadi mangsa banjir di Pahang. Dia mengeluh sikap JKKK yang mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir di tempatnya. Kisahnya seperti berikut:

1. Kawan saya tinggal di kawasan kampung. Kawasan sekitar rumahnya habis tenggelam dan nampak bumbung rumah sahaja. Hampir 4 hari kawasan di situ ditenggelami air banjir.

2. Kawan saya bagitau jangan percaya dengan JKKK sebab bantuan mangsa yang sampai di Pusat Pemindahan Sementara sudah siap dibungkus untuk dibahagikan kepada mangsa-mangsa banjir.

6. Sepatutnya makanan yang dimasak adalah untuk mangsa-mangsa banjir yang barang-barang di rumah mereka sudah habis rosak. Tidakkah mereka yang tidak terkena banjir ini berasa malu?

7. Amat malang apabila kita masih mendengar cerita JKKK yang mengambil kesempatan atas kesusahan mangsa banjir. Sebab itu orang ramai berasa lebih percaya kepada NGO-NGO yang tiada kepentingan.

8. Mangsa-mangsa banjir hanya mampu melihat insiden ini di hadapan mata mereka. JKKK sepatutnya membantu mangsa banjir tetapi mereka yang mengambil kesempatan. Mangsa-mangsa banjir hendak mengadu kepada siapa lagi?

9. JKKK sepatutnya bersikap amanah dengan bantuan mangsa banjir. Jangan buat barang bantuan seperti harta sendiri. JKKK kena ingat bahawa jawatan yang dipegang akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti.

10. Jangan mengambil kesempatan atas derita mangsa-mangsa banjir. Jangan ditabur garam atas luka yang basah. Moga ada pihak berwajib melihat perkara ini dengan sebaiknya.

Dr. Abdél Rahmanov
25 Dis 2021



No comments: