PRN MELAKA - UNDI AWAL 16 NOV, MENGAPA WARGA TENTERA PERLU PILIH PAKATAN HARAPAN?


May be an image of 3 people and text that says "PRN Melaka Undi Awal- Warga tentera pilih siapa? HARAPAN PAN"


PRN Melaka akan bermula seawal 16 Nov ini dengan pengundian awal/undi pos dan tarikh mengundi biasa adalah pada 20 Nov ini.
Undi awal/pos akan melibatkan banyak pihak, majoritinya adalah warga tentera yang berpengkalan di beberapa kem tentera di Melaka. Kem Sg Udang, Kem Terendak dan Asahan di antara kem yang terlibat di dalam undi awal atau undi pos selain dari warga PDRM yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Negeri atau balai-balai Polis seluruh Melaka.
Selaku bekas tentera, saya merasakan kewajaran buat warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk memilih calon Pakatan Harapan pada PRN kali ini. Di antara faktor utama warga tentera perlu tahu dan fikirkan adalah seperti berikut:
1. Anda harus tahu bahawa PRN Melaka ini terhasil adalah kerana ketamakan dan kerakusan pimpinan politik Umno/Bn yang telah merampas mandat rakyat pada PRU14 yang lalu tetapi mereka saling berebut projek pasir di Melaka sehingga kerajaan mereka sendiri tumbang. Apakah parti Umno/Bn harus anda berikan peluang lagi untuk menjadi kerajaan negeri?
2. Anda juga harus sedar, kerajaan di pusat yang diberi mandat oleh rakyat pada PRI14 lalu adalah kerajaan PH. Malangnya, angkara pengkhianatan Mahiadin dan Azmin serta kumpulannya menyebabkan kerajaan PH tumbang. Mahiaddin dan Azmin itu adalah pimpinan dari parti Perikatan Nasional yang di dalamnya juga ada Pas. Apakah warga tentera mahu menyokong parti Perikatan Nasional yang pemimpinnya sanggup khianat mandat rakyat? Saya tidak rasa warga tentera sanggup menyokong pengkhianatan.
3. Bagaimana dengan calon Bebas pula? Difahamkan ada calon Bebas yang menampilkan bekas pegawai tentera. Kita harus ingat, calon Bebas tidak akan mampu menjadi kerajaan negeri. Jika kita mahu sesuatu perkara yang kita tuntut itu dapat dilaksanakan, sudah pastinya calon kita itu berada dalam kerajaan yang memerintah. Calon Bebas tidak mampu membantu kita kerana mereka bukan dari mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan. Seseorang Wakil Rakyat tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya tidak berada dalam struktur kerajaan yang memerintah. Amat merugikan jika undi diberi kepada calon yang sudah pasti tidak boleh membentuk kerajaan.
4. Mengapa perlu undi calon Pakatan Harapan? Pakatan Harapan amat jelas hala tujunya. Pakatan Harapan sewaktu memerintah selama 22 bulan di Melaka sebelum dikhianati, tidak pernah kita dengar isu berebut projek pasir atau penyelewengan. KM YB Adli ketika itu banyak membangunkan Melaka dan membantu rakyat termasuk perumahan kepada warga Melaka yang memerlukan. Beliau juga amat berjimat dan tidak membazir wang rakyat. Tiada ubahsuai pejabat dilakukan ketika itu bahkan KM sendiri tidak mendiami kediaman resmi KM kerana ingin menjimatkan wang rakyat. Kehidupan KM yang sederhana amat menyenangkan rakyat Melaka.
5. Pakatan Harapan sewaktu memerintah di Putrajaya, di bawah Kementerian Pertahanan kita memperkenalkan 'one off" untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM). Bahkan PH bercadang untuk memberikan elaun PJM itu setiap bulan, namun tidak kesampaian kerana kerajaan PH telah ditumbangkan oleh pengkhianat. PH juga berjaya membongkar skandal pembelian 6 buah pesawat ringan yang mana wang telah dibayar tetapi pesawat-pesawat tersebut gagal diperolehi hingga kini. Pakatan Harapan juga telah melakukan pembersihan terhadap pengurusan LTAT iaitu tabung warga tentera untuk simpanan masa hadapan mereka. Pakatan Harapan berjaya menguruskan simpanan LTAT dengan pengurusan yang lebih berintegriti. Pakatan Harapan juga peka dengan masalah Rumah Keluarga warga tentera di mana Menteri Pertahanan, Muhamad Sabu ketika itu membuat lawatan mengejut ke Rumah Keluarga ATM.
6. Meskipun Pakatan Harapan menyokong langkah vaksinasi di dalam menangani pandemik Covid19, Pakatan Harapan juga telah membela nasib seorang warga tentera yang ditamatkan perkhidmatan hanya kerana enggan mengambil vaksin. Pakatan Harapan merasakan tindakan yang dikenakan terhadap warga tentera tersebut terlalu berat kerana beliau bukan melakukan jenayah berat. Kegagalan pihak kerajaan memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada banyak persoalan dari pihak yang meragui vaksinasi itu amat mendukacitakan. Warga tentera dan semua penjawat awam tidak wajar dihukum sedemikian rupa angkara kegagalan kerajaan di dalam menjawab banyak perkara berkaitan vaksinasi ini. Isu melibatkan warga tentera ini telah disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ini jelas membuktikan Pakatan Harapan amat peka dengan kebajikan warga tentera dan penjawat awam.
7. Seandainya kerajaan Pakatan Harapan itu tidak dikhianati, saya yakin banyak perancangan yang baik untuk warga tentera dan bekas tentera akan dapat dilakukan termasuk dalam isu kenaikan gaji dan elaun warga tentera dan pencen pesara tentera.
Sehubungan itu, warga tentera harus tampil dengan berani membela nasib rakyat agar mandat rakyat kepada Pakatan Harapan itu berjaya dikembalikan. Undi anda pada 16 Nov ini nanti adalah penentu kepada parti manakah yang akan menjadi kerajaan negeri Melaka. Buatlah pilihan dengan bijak.
WFAUZDIN NS