kah..kah...kah...kita gelak ramai ramai : Isu tunggakan gaji pasukan Kedah: TMJ sekolahkan Sanusi

 


Isu tunggakan gaji pasukan Kedah: TMJ sekolahkan Sanusi

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris hari ini kelihatan membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang baru-baru ini telah menjawab kenyataan oleh baginda sendiri.

Sebelum ini, Tunku ada menyatakan bahawa isu seperti tunggakan gaji ini haruslah diselesaikan dengan berhemah dan bukan sahaja ketika pasukan perlu menghadapi perlawanan penting seperti ketika bertemu pasukannya setelah pasukan Kedah diundi menentang pasukan kendalian Benjamin Mora pada peringkat suku akhir ini.

Memetik portal Makanbola, kenyataan balas yang diberikan oleh Sanusi itu seperti tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Tunku Ismail berkaitan isu gaji pemain Kedah. Ini kerana masalah gaji dalam pasukan Kedah tidak berlaku setiap bulan dan teguran Tunku Ismail itu disifatkan Sanusi sebagai ‘tidak tepat’.

Oleh yang demikian, dalam satu hantaran story di laman rasmi Instagram baginda hari ini, Tunku telah memaparkan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Kedah itu secara terus setelah isu ini seakan berlarutan.

Namun begitu, baginda ada menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pengurusan Kedah yang segera melunaskan gaji para pemain sebelum sepak mula berlangsung.

‘Salam Dato. Gaji dah bayar? Bagus.’

‘Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done.’

Baginda turut sempat mengusik Dato’ Sanusi untuk sentiasa menjaga kesihatan dan dirinya sambil menawarkan khidmat jika beliau memerlukan seseorang untuk membantu menguruskan diet dan sedia membantu jika diperlukan.

Hrhcrownprinceofjohor


No comments: