KALAU DAH TOLAK - UNDILAH PH.MUDAH SAHAJA

 

Akar umbi Umno Jasin tolak senarai calon diumum BN




UMNO

Akar umbi UMNO Bahagian Jasin menunjukkan rasa resah dan kurang senang apabila mendapat tahu senarai calon diumumkan Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Bemban, Sungai Rambai dan Rim.

Setiausaha UMNO Bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan berkata, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jasin dilihat bakal terlepas daripada genggaman berikutan calon dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini didakwa tidak memenuhi kehendak masyarakat dan akar umbi di kawasan terbabit.

Akar umbi Umno Jasin tolak senarai calon diumum BN

ABDUL Kalam Hassan (dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar di Bilik Gerakan DUN Sungai Rambai, Jasin, Melaka.

Menurut laporan utusan, Abdul Kalam Hassan ketika ditanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan DUN Sungai Rambai menyatakan kekecewaannya apabila nama Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kenapa calon baharu diletakkan di sini sedangkan beliau (Hasan) mempunyai rekod cemerlang kerana telah menjadikan Sungai Rambai sebuah daerah yang harmoni dengan pelbagai pembangunan dinikmati penduduk setempat.

“Masyarakat di sini sebenar kecewa apabila mendapat tahu nama Hasan tidak berada dalam senarai sebagai calon kerana mereka masih mengharapkan beliau bertanding mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

“Saya berharap pucuk pimpinan parti mengambil perhatian sikit kerana akar umbi sudah melahirkan keluh- kesah dan apa yang membimbangkan saya apabila keinginan untuk mencapai kejayaan, lain pula jadinya nanti.”

Tambahnya lagi, keadaan serupa turut berlaku di DUN Rim apabila calon muka baharu akan bertanding di kerusi tersebut. “Ramai pihak menghubungi saya, menyatakan rasa kecewa apabila mendapat tahu calon bertanding bukan anak jati yang menetap di situ.”

Beliau juga mendakwa ketua cawangan dan ahli amat kecewa selepas calon MCA diumumkan bertanding di DUN berkenaan.

“Selepas BN tumbang, kita jadikan Bemban sebagai kubu kuat UMNO dengan gerak kerja telah diatur dan dipupuk selama dua tahun. Tba-tiba ia tidak menjadi kenyataan apabila kerusi ini diserahkan semula kepada MCA,” jelasnya.

No comments: