PH pertaruh 2 "KATAK" Idris, Nor Azman dalam cubaan tarik sokongan pengundi Umno.Berikut adalah senarai calon PH.

 

Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali.

Calon PH adalah:

PKR

Tanjung Bidara – Zainal Hassan
Lendu – Mohamad Asri Ibrahim
Rembia – Zamri Pakiri
Machap Jaya – Law Bing Haw
Asahan – Idris Haron
Sungai Udang – Hasmorni Tamby
Paya Rumput – Shamsul Iskandar Md Akin
Klebang – Gue Teck
Ayer Molek – Mohd Rafee Ibrahim
Rim – Prasanth Kumar Brakasam
Sungai Rambai – Farzana Hayani Mohd Nasir

DAP

Gadek – Saminathan Ganesan
Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin
Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
Kesidang – Allex Seah
Kota Laksamana – Low Chee Leong
Duyong – Damian Yeo
Bandar Hilir – Leng Chau Yen
Bemban – Tey Kok Kiew

Amanah

Taboh Naning – Zairi Suboh
Durian Tunggal – Mohd Sofi Abdul Wahab
Pantai Kundor – Nor Azman Hassan
Bukit Katil – Adly Zahari
Serkam – Mohd Khomeini Kamal
Merlimau – Azrin Abd Majid
Ayer Limau – Maznah Baharuddin
Kuala Linggi – Julasapiyah Kassim
Telok Mas – Ashraf Mukhlis Minghat


Memetik laporan FMT, Pengerusi PH Anwar Ibrahim dalam sidang media hari ini mengumumkan pakatan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 20 Nov ini.

Calon yang diumumkan itu termasuk dua bekas ahli Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

Menurut Anwar lagi, bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari akan mengetuai PH dalam pilihan raya ini walaupun calon Ketua Menteri belum dimuktamadkan lagi dan dalam masa sama beliau mengesahkan Idris dan Nor Azman telah diterima sebagai ahli PH.

Dua lagi ialah Noor Effandi Ahmad dari Bersatu, dan Norhizam Hassan Baktee iaitu bekas wakil DAP yang kemudian melompat sebagai ADUN Bebas.

Penyandang kerusi Machap Jaya Ginie Lim, yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, digugurkan.

“Kami bertanding sebagai satu pasukan. Ini tidak berlaku dengan pihak yang berada dalam kerajaan.

“Jika kita mahukan kestabilan politik, ia hanya boleh dilakukan oleh PH,” kata Anwar..

No comments: