HADI PESAN PADA WALAUN- KALAU JUMPA PN SOKONG PN-KALAU JUMPA UMNO BIAQ SAJA.

 


PRN Melaka: Jika PN-BN bertembung, sokong PN, Hadi arah PAS




Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak antara parti memerintah.

KUALA TERENGGANU: PAS akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) dalam pertembungan dengan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Abdul Hadi Awang.

Ketetapan ini menyusuli keputusan PAS untuk menggunakan lambang PN, mengabaikan pengumuman sebelum ini bahawa ia akan menyokong penyandang dalam pertembungan PN-BN.

“Kita sokong calon PN,” kata Abdul Hadi pada sidang media di mesyuarat agung tahunan PAS ke-67.

Ditanya mengenai rundingan PRN Melaka dengan Umno yang menjadi persoalan lantaran pertembungan yang nampak seperti tidak dapat dielak, Hadi sekadar menjawab “terpulang kepada Umno nak bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri”.

“Kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.

Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.

“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.

Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini.

“Sekurang-kurangnya kita tanding 1/3 kerusi,” katanya.

No comments: