KAH..KAH..MOOD RAKYAT DAH TOLAK PAK LEBAI LA ....

 


Guna logo PN, tak guna logo sendiri kerana ‘mood’ rakyat, kata Muslimat Pas



Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hawa Yaakub percaya keputusan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan rakyat selesa dengan pentadbiran parti gabungan ini di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Rata-rata rakyat selesa dengan pentadbiran kerajaan PN di peringkat Pusat sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan diteruskan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Memandangkan pengundi yang paling ramai ialah mereka yang tidak berparti atau atas pagar, penggunaan lambang PN adalah satu keputusan yang tepat mengambil kira ‘mood’ rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Isnin malam yang membuat ketetapan bahawa semua calon parti itu akan menggunakan logo PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hawa yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Hang Tuah Jaya menambah, ia juga memperlihatkan ketegasan PAS dalam menentukan hala tuju parti yang tidak dikawal oleh mana-mana pihak.

“Saya yakin keputusan ini dibuat setelah mengambil kira semua aspek dan istikharah kepada Allah SWT. Saya yakin rakyat hari ini bijak memilih dan tidak mudah ditipu lagi,” ujarnya lagi.

Berkaitan dengan persediaan PAS untuk meraih undi daripada pengundi bukan Melayu pula, Hawa berkata PAS sudah lama relevan kepada semua kaum sebelum ini.

“Slogan ‘PAS for All’ telah digunakan sejak lebih 10 tahun yang lalu. Dan PAS juga ada sayap bukan Islam iaitu Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“PAS sentiasa boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam kalangan bukan Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum yang tidak menentang Islam dan tidak masuk campur urusan umat Islam.

“Malah Islam juga amat menjaga kebajikan semua kaum tidak kira agama. Kerana itu kita yakin pengundi bukan Melayu tidak ada masalah untuk mengundi calon PAS pada PRN ini,” ujarnya lagi

PRN itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diwartakan pada 5 Oktober lepas akibat daripada krisis politik yang berlaku di negeri ini apabila empat ADUN menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 8 November sementara pengundian akan berlangsung 20 November.

No comments: