SOKONG KEADILAN GUNA LOGO SENDIRI PADA PRU15 NANTI

 

Saya menyokong penuh cadangan dari Kongres AMK semalam bahawa Keadilan terus menggunakan logo sendiri bagi menghadapi PRU15 nanti.

Cadangan ini tepat dan sedikit pun tidak menjejaskan kerjasama di dalam PH jauh sekali dari berlakunya perpecahan seperti yang didakwa oleh beberapa pimpinan muda dari Dap dan Amanah.

Pada PRN Sabah yang lalu, Dap sendiri menggunakan logo Warisan. Amanah juga gunakan logo Warisan. Semua tahu Warisan bukan dari komponen PH, tetapi kedua parti tersebut terus menggunakannya. Hanya Keadilan yang konsisten menggunakan logo sendiri kerana kita yakin dengan logo kita. Waktu itu, tidak timbul soal perpecahan dalam PH kan? Jika kerana logo boleh menyebabkan perpecahan di dalam PH, maka Dap dan Amanah adalah parti pertama yang melakukannya.

Hakikatnya tidak. Dap gunakan logo Amanah tidak menyebabkan perpecahan dalam PH. Begitu juga dengan Amanah. Atas strategi politik mereka rasa itu satu tindakan baik meskipun Warisan bukan komponen PH. Atas strategi politik juga, saya rasa AMK mengambil pendirian untuk meminta PH menggunakan logo Keadilan di dalam PRU15 nanti. Mengapa pula tiba2 dikatakan membawa perpecahan di dalam PH?

Terbukti sewaktu di dalam PR, Keadilan, Pas dan Dap menggunakan logo masing2. Kita berjaya tawan 5 negeri pada PRU 2008 dan mendapat 52% undi popular dengan logo masing2. Apatah lagi sekarang logo PH itu telah dicemari oleh Mahathir. Mahathir gagal pamerkan PH

terbaik

apabila diberi peluang jadi kerajaan. Mahathir hancurkan kerajaan PH dengan satu pengkhianatan. Sial yang ada pada orang tua ini meresap dalam logo PH.

Oleh itu, wajar sekali PH menggunakan logo bertuah pada PRU14 iaitu logo Keadilan. Jika Dap dan Amanah tidak setuju, mereka patut guna logo masing2. Itu strategi yang

terbaik

berbanding guna logo PH yang telah dirosakkan imejnya oleh Mahathir.

WFAUZDIN NS