SEJAUH mana kebenarannya belum dapat dipastikan. Disebabkan kita
tidak mempunyai Parlimen utk meminta Wakil Rakyat bertanya akan hal ini maka
terpaksalah kita bertanya melalui platform SocMed.
Melalui hantaran FB Sdr Yuseri Yusoff kami difahamkan bahawa
terdapat Laporan Polis TERHADAP KPK kerana didakwa mengabaikan saranan awal
Persatuan-persatuan Perubatan menggunakan Ivermectin utk menyelamatkan nyawa
pesakit COVID-19. ADAKAH INI BENAR? Ia perlu ditanya kpd KPK sendiri.
Seingat kami Ivermectin telah lama menjadi perbualan dunia dan
netizen di Malaysia kenapa baru sekarang ia mahu dikaji dan tidak sebelum ini?
Banyak persoalan yg timbul dan diharap para MP mengambil
perhatian tentang hal ini kerana ia sangat serious dan boleh melibatkan nyawa
Rakyat Malaysia.
Ingat, anda juga perlu berjawap dgn Allah di sana nanti. Maka
berkata benarlah biar Rakyat JELAS.
Wallahualam.
- Zus Din
06 June 2021