Tampar Imam... kariah lebih teruk dari org tak waras
Ilmu itu bukan setakat menghafal
BILA JAHIL ILMU
Mengapa saya kerap menulis tentang org beragama walaupun saya
bukan dikalangan mereka? Saya bukan bencikan agama saya tetapi kerana sayangkan
agama ini lah saya terus menegur.
Sambil menunggu sinambungan penulisan pagi tadi saya mengajak
anda berbicara mengenai video ini. Mungkin ada yg sudah menontonnya dan mungkin
ramai yg bersetuju kariah masjid ini memukul anak muda tersebut secara
berjamaah? Kenapa... tentulah kerana geram melihat aksi anak muda tersebut
menampar imam.
Itu selalunya reaksi mana2 ahli kariah masjid jika berjaya
menangkap pencuri dan sebagainya. Ada yg saya lihat dipukul setengah mati dan
diikat seperti seekor lembu. Tak ubah aksi yg kita jumpa org ramai memukul di
jalanan.
Saya ingin mengajak kalian mentafsir tindak tanduk budak remaja
ini. Anda ingat dia waras atau tidak? Tanya saya jika org waras dia takkan buat
begitu. Berjalan di hadapan jamaah dan menampar imam tanpa sebab. Hati kecil
saya berkata budak tersebut tidak waras.
Adakah betul tindakan ahli jamaah masjid. Tanya saya tidak betul,
mcm org jahiliah... saya melihat kariah masjid tersebut seperti lebih tidak
waras daripada anak muda tersebut. Malah saya anggap mereka mungkin kurang
berilmu atau berilmu tetapi tidak amalkan.
Kalian pernah dgr cerita seorang Arab Badwi
memasuki masjid lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Org
ramai menyergahnya seperti mahu menyerangnya lalu Rasulullah s.a.w melarang
mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya
dituangkan satu timba air di atas tempat itu.
Dlm satu riwayat ada mengatakan Rasulullah berkata kpd jamaah,
"Jgnlah menyekat kencingnya." Bersikap lembut kpd org yg jahil.
Rasulullah s.a.w. mengajar org Badwi tersebut dgn lemah lembut kerana
perbuatannya bukannya sengaja tetapi disebabkan kejahilannya tentang hukum
syarak.
Layanan Rasulullah s.aw terhadapnya tidak sama dgn org yg
sengaja dan berdegil. Walaupun kejadian menampar ini di Indonesia tetapi ada
juga berlaku di negara kita dgn pelbagai sebab. Selalu saya katakan akhlak itu
lebih penting dari ilmu. Apa guna berilmu tapi tidak diamalkan. Jadi kalian
tahu kenapa org Islam itu lemah...