*BAHAYA PAS*
*Secara jujurnya, saya merasakan bahawa PAS adalah lebih merbahaya dari UMNO. UMNO jual bangsa sendiri melalui politik jijik dia. Ini lumrah dunia. Di mana² pun berlaku begini dan hanya rakyat celik yang bermaruah saja mampu menyingkir rejim² zalim yang kuat menipu dan menindas rakyat untuk kepentingan pemimpin²nya.*
*Tapi PAS lebih merbahaya kerana dia menyesatkan umat. Mereka menunggang agama dan menjualnya demi habuan dunia. Dan akibat buruknya kepada umat tidak hanya terhenti di dunia saja, tetapi berlanjutan hingga ke akhirat.*
*Manusia secara lumrahnya takut bila berurusan dengan hal² yang bersangkutan dengan agama kerana merasakan diri mereka jahil. Lalu urusan keagamaan lazimnya diserahkan kepada agamawan² yang mereka percayai bulat² hingga ke tahap taqlid buta dan taksub.*
*Disebabkan ini, politik yg mengeksploitasi agama adalah sangat merbahaya kerana ia akan berjaya menipu dan menyesatkan jutaan manusia yg takut kepada agama kerana faktor kekurangan ilmu.*
*Renungi kata² berikut yg dipercayai adalah dari Ali bin Abi Talib (r.a) : "Berhati-hatilah kamu sekalian dengan orang² bodoh yang rajin beribadah (kerana mereka kerap terjebak dengan amalan² bid'ah), dan orang² jahat dari kalangan ulama kerana mereka adalah sumber segala fitnah (yakni kacau bilau dan huru-hara kepada masyarakat)."*
*Kesimpulan saya ialah PAS lebih bahaya dari UMNO. Dan dalam konteks di Malaysia, sokongan PAS kpd UMNO amat memburukkan lagi keadaan bangsa Melayu. Melayu² di UMNO akan merasakan bahawa segala kejahatan mereka tidak bersalah di sisi agama, bahkan mendapat restu dan redha dari Allah disebabkan oleh sokongan² yg mereka terima dari pihak yang kononnya memperjuangkan kebenaran agama. Malah semakin buruk lagi apabila ia disokong oleh Menteri Agama sendiri, para Mufti dan juga majoriti dari kalangan para ustaz lain di luar sana.*
*Sementara Melayu² PAS yang buta haprak itu semua pula akan bertambah sesat kerana menyamakan kejayaan pemimpin² mereka mendapat kuasa memerintah negara dengan restu dan redha Allah SWT.*
*Secara umumnya, agama adalah senjata yang amat merbahaya sebenarnya. Jika disalah bawa, ia bagaikan candu yang boleh merosakkan fitrah dan fungsi akal orang² yg tidak mahu berfikir dengan akal sihatnya hingga gagal membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Dan di sinilah terletaknya bahaya PAS.*
*Mereka memainkan peranan besar bagi mewajarkan kebatilan² dan kejahatan² supaya diterima sebagai perkara² yang dibenarkan oleh agama. Umat yang berada di bawah pengaruh pemimpin² sesat lagi menyesatkan ini pasti akan binasa.*
IPOH MALI