Beberapa daerah, mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak bawah PKP

 

Pelaksanaan PKP di kawasan terbabit susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA: Kerajaan akan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak selama 14 hari bermula 10 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata ia membabitkan seluruh daerah Kuantan, Pahang, mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor, Tanjong Rambutan, Pengkalan Hulu dan Belukar Semang, di Perak.

PKP turut dikenakan di tiga daerah dan tiga mukim di Pulau Pinang membabitkan Timur Laut, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara, serta Mukim 14, Seberang Perai Utara.

Katanya, pelaksanaan PKP di kawasan terbabit susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

“Pelaksanaan PKP di kawasan ini untuk memudahkan KKM melaksanakan tindakan pengawalan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya.

PKPD di beberapa kawasan di Pahang

Ismail turut memaklumkan, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di beberapa kawasan di Pahang bermula 10 Mei selama 14 hari.

Ia membabitkan Kampung Meripoh, Kota Bahagia, Muadzam Shah, di Rompin, Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin.

Sementara itu, PKPD di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, dan Bandar Sri Indah serta Kampung Titingan, Tawau, Sabah ditamatkan bermula esok.


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Ini Bukan Negara SD, Pecat Saja MP Ingkar