GERAK98 DILULUSKAN


 

PENDAFTARAN GERAK DILULUSKAN.


Semalam, Jumaat 25 Ramadhan 1442H bersamaan 7 Mei 2021 Pendaftar Pertubuhan (ROS) secara rasmi meluluskan permohonan kami mendaftarkan GERAK98.


GERAK98 dibenarkan berdaftar secara rasmi dengan syarat tanpa '98' dan 'reformasi'.


Makanya mulai hari ini gerakan yang kita mulakan lebih setahun lalu akan dikenali secara rasmi sebagai PERTUBUHAN PERUBAHAN RAKYAT MALAYSIA atau singkatannya GERAK.


Semangat 'Reformasi' dan '98'  akan terus mendasari gerakan ini yang dari awal berasaskan kepada semangat Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK) yang dilahirkan pada 29 Sept 1998 dibawah pimpinan Almarhum Dato Ustadz Fadzil Nor.


GERAK hari ini diketuai oleh Datuk Ezam Nor,timbalannya Ust Zulkifli Ibrahim bersama 10 AJK yang merupakan tokoh2 pelopor GERAK98 sejak Jan 2020.


GERAK berdiri sebagai sebuah badan bukan kerajaan NGO.Matlamat akhir GERAK ialah kearah perubahan hakiki dinegara ini.


GERAK akan sertai pilihanraya sebagai badan NGO sekiranya itu merupakan jalan terakhir bagi mempastikan agenda perubahan tidak digagalkan lagi oleh musuh2 perubahan luar dan dalam.


Walaupun menyertai pilihanraya, GERAK akan kekal sebagai badan NGO dan TIADA rencana menjadi sebuah parti masa kini dan masa akan datang.


Kami bercadang membuat Mesyuarat Agung pertama GERAK Julai tahun ini di Pulau Langkawi,Kedah.


Sementara itu kami alu2kan setiap warganegara Malaysia berumur lebih 18tahun menyertai GERAK.(Borang keahlian akan disediakan dalam waktu dekat).


Kami mensasarkan GERAK dapat ditubuhkan disetiap negeri di Malaysia dalam AGM pertamanya Julai ini.Penubuhan GERAK disetiapkan kawasan Parlimen akan bermula sebaik selepas AGM dengan sasaran 100 kawasan parlimen akhir tahun ini.


Semoga Allah swt memberkati usaha kita didalam memenuhi tuntutannya didalam Surah Hud agar kita melakukan pembaikan,pembaharuan dengan bersungguh-sungguh.


SEKRETARIAT Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia ( GERAK )