Cerita dulu dan sekarang

 

A.KADIR JASIN


1. Dalam beberapa hari kebelakangan ini timbul pula cerita dan rakaman video yang didakwa membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang juga Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Kabinet dari Bersatu.

2. Seperti selalu, dia pun menafikan kandungan video itu dan mendakwa dia mangsa fitnah. Dia pun menafikan juga yang dia ada menghantar surat mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Mahiaddin Md. Yasin @ Muhyiddin.

3. Boleh jadi inilah peluang Ketua Polis Negara yang baru, Acryl Sani Abdullah Sani membuktikan yang dia lebih

hebat

daripada KPN yang baru bersara, Abdul Hamid Bador, dengan membuka kertas siasatan.

4. Abdul Hamid hanya berjaya cam salah seorang daripada dua pelakon video berahi (passionate) Sandakan. Kalau Acryl Sani berjaya cam dua atau lebih watak dalam video terbaru ini, dia menang "hands down".

5. Kalau nak lagi

hebat

, dia boleh "review" atau siasat balik video Four Points by Sheraton itu. Sekiranya dia cam pelakon yang Abdul Hamid tak cam, memanglah dia

hebat

. Kalau banyak orang anggap Abdul Hamid

hebat

, kita mahu Acryl Sani jadi IGP yang lebih

hebat

. Lagi pun dia kena buktikan secara sahih yang dia bukan "budak" sesiapa.

6. Itu cerita sekarang. Ini cerita dulu-dulu pula - cerita pada tahun 1960-an dan 70-an masa saya bersekolah dan kemudian bekerja di Alor Star. Kami mengenali seorang penjawat awam yang jauh lebih dewasa daripada kami. Dia mempamerkan perwatakan yang memberi gambaran bahawa dia mempunyai orientasi seksual yang bercanggah dengan kebiasaan.

7. Kalau dalam bahasa Inggeris pada masa itu, orang macam dia digelar "bugger". Mengikut pengertian waktu itu, ia membawa maksud seorang lelaki yang sukakan budak-budak lelaki jambu (pretty boys). Kamus Merriam-Webster, antara lain, mentakrifkan "bugger" sebagai "sodomite" (peliwat).

8. Mengikut seorang sahabat yang sama-sama penjawat awam dengannya, dia mempunyai "code word" bagi budak-budak jambu menarik minatnya iaitu "and the Renault". Waktu itu kereta Renault buatan Perancis sedang diminati ramai. Rujukan kepada Renault adalah kerana dua model kereta tersebut yang bernama Dauphine dan Gordini mempunyai enjin di belakang.

9. Pada penghujung 1990-an, seorang wartawan Amerika bertanya saya mengenai kegiatan homoseksual dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Saya rasa jawapan yang saya bagi lebih 20 tahun lalu itu tepat dan masih releven sampai hari ini memandangkan kes-kes liwat, pencabulan kehormatan dan kegiatan homoseksual yang melibatkan tenaga pengajar dan petugas institusi pendidikan agama serta kelompok politik.

10. Di kalangan agamawan pun terdapat kecenderungan menerima kelakuan luar tabi'i ini atau, setidak-tidaknya pun, toleran terhadapnya atas alasan ia sukar untuk dibuktikan mengikut syariah, bersangka baik dan tidak mahu aibkan orang.

Sekian adanya. Terima kasih.

Gambar hiasan: Renault Dauphine

 

No comments: