COVID-19: Malaysia catat 4,519 kes baharu, 25 kematian

 

Astro Awani
COVID-19: Malaysia catat 4,519 kes baharu, 25 kematian
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 4,519 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 436,944 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 36, 564 kes.
Terdapat pertambahan sebanyak 25 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhan kini 1,657 kes.
Selangor terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 1,722 kes, diikuti Sarawak (479), Kuala Lumpur (557), Kelantan (373), Pulau Pinang (363) dan Johor (288).
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2,719 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak kes.
Setakat ini, 363 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 210 orang memerlukan bantuan pernafasan.



No comments: