ZAHID HAMIDI TOLAK HASRAT PAS JADI ORANG TENGAH


 Tiga hari lepas Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan parti itu sedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan PPBM bagi mendepani PRU-15.

Pihak mereka beritahu mereka boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik penyelesaian terhadap kemelut yang berlarutan.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pas-sedia-jadi-orang-tengah-selesai-isu-umnobersatu-dewan-ulama-294443

Apa yang ingin saya katakan adalah keputusan tiada kerjasama dengan PPBM bukan keputusan peribadi. Ia diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO.

Maka perkara yang telah diputuskan ini bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan UMNO.

Saya berharap pihak yang berkeyakinan tinggi itu faham. Lagipun mereka juga perlu faham bahawa kerjasama Muafakat Nasional sudah dibentuk ketika orang Melayu dan Islam diinjak-injak semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Gabungan itu pada masa itu adalah tulen, jujur dan penuh semangat. Dan kerjasama berkenaan melibatkan antara 3 juta ahli bersama sejuta ahli. Bukannya kerjasama antara sejuta ahli dengan 500 orang.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.



No comments: