Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional berpandangan kedudukan sistem pendidikan negara semakin celaru akibat penularan Pandemik Covid-19.
Sejak tahun lepas pelajar yang tiada akses internet dan peranti terus ketinggalan dalam era pandemik norma baharu.
Hampir 70% murid diseluruh negara tidak mampu menyertai sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) disebabkan oleh tiadanya kemudahan komputer riba atau peranti.
Untuk merapatkan kesenjangan yang berlaku diantara golongan yang mampu dengan mereka dari golongan B40 dan M40 dalam Pengajaran dan Pembelajaran diatas talian terutama sekali dalam waktu PKP,
AMANAH Nasional telah bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat untuk melancarkan Tabung Peduli Pendidikan AMANAH Nasional 2021.
Hasil kutipan tabung itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan.
Misi Penubuhan Tabung antaranya mewujudkan Dana lestari untuk membiayai pelbagai inisiatif bagi memastikan murid mendapat pendidikan yang berkualiti.
Justeru, Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional mengumumkan Yang Berhormat Mohamad Sabu selaku Presiden Parti Amanah Negara akan melancarkan tabung ini secara rasmi pada Ahad, 21 Februari 2021.
Pelancaran ini akan dijalankan secara atas talian dan dijemput semua pengamal media untuk menyertainya melalui laman rasmi Facebook Parti Amanah Negara ataupun Facebook Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional.