PH pelakon tambahan wayang Umno Perak?
Ipohmali
Nampak seperti Indah di Perak.. Seolah olah UMNO dapat menerima DAP.. hakikat yang kita kena fahami.. tidak mungkin ahli bawahan, akar umbi hatta UMNO seluruh negara dapat menerima DAP.. ia hanya ilusi pemimpin PH yang terpana dengan fatamorgana demi kuasa dalam Politik..
Kebetulan memang UMNO menang besar di Perak iaitu melebihi 27 Kerusi… jadi dia gunakan kuasa yang ada pada mereka menjatuhkan MB Peja dari Bersatu hanya sebagai signal kepada Muhyidin… Kalau kita bijak dan tak terpesona dengan kuasa.. Kita cuma perlu biarkan UMNO berpencak silat dengan PN dan Muhyidin..
Malangnya PH jadi sebahagian plot mereka.. hanya menghiasi sebahagian babak babak drama politik UMNO..terutama melibatkan Najib dan Zahid yang begitu resah menantikan saat melangkah kaki ke Penjara… Jadi tak perlulah kita pulak jadi penolong depa… Biarkan mereka berantakan sesama sendiri..
Jika kita bijak..tawarkan saja kepada siapa yang mahu bersama dengan PH.. tak kira dari UMNO mahupun PN… Yang penting PH memimpin.. Soal mereka terima atau tidak.. itu tak menjadi soal.. Sememang nya sejak awal.. UMNO sudah mampu bina kerajaan jika bersatu dengan PAS…
cumanya selepas PRU 14 hasrat mereka tidak menjadi kenyataan sebab ketika itu PAS dan UMNO masih tidak bersama dalam satu gabungan… PH ada kelebihan sebab berkuasa di Pusat..Kebetulan Peja ada hubungan keluarga dengan beberapa adun Perak yang membuatkan ada kompromi dibuat melantik Peja biarpun Peja dan bersatu hanya ada 1 kerusi di Perak…
Nampaknya Amanah dan DAP pun masih gagal memahami realiti Politik..masih bersandiwara dengan dalil dalil kononnya bersama dengan UMNO demi kestabilan dan ketelusan dalam pentadbiran..hakikatnya itu takkan berlaku jika UMNO yg memimpin..
Terima lah hakikat…Kita hanya boleh bersama atas satu prinsip yang jelas.. Iaitu parti dan Pemimpin yang boleh menerima parti pelbagai kaum.. hatta menerima parti seperti DAP.. tidak bergantung dengan sentimen kaum dan Agama apalagi seruan2 Ashabiyah.. Apakah UMNO sanggup menerima semua ini sedangkan itulah nyawa mereka untuk terus berkuasa..
Tak mungkin UMNO akan meninggalkan seruan Ashabiyah yg menjadi nyawa mereka..Begitu juga dapat menerima DAP.. semua itu hanya menjadi ilusi pemimpin pemimpin PH yang tidak faham reality Politik hari ini.. tak perlu lah DAP dan Amanah mewajarkan kerjasama ini dengan memberi pelbagai dalil sepertimana PAS dulu..
UMNO sangat perlukan PAS, begitu juga PAS untuk hadapi PRU 15.. hanya disebabkan Kuasa ditangan Bersatu dan Muhyidin membuatkan PAS terikat dengan Bersatu dan PN.. atas faktor itu mereka akan tetap bersama.. Jadi jangan mimpilah kononnya UMNO akan menerima DAP dan PH.. Mereka hanya perlukan PH atas sebab sebab kuasa…
Memang UMNO di Perak kukuh..sudah lama pun mereka dapat jatuhkan PH mahupun Peja, hanya disebabkan perjanjian didepan Sultan membuatkan mereka hanya mampu memainkan adu domba yang DAP dan Aziz bari ada rencana menjatuhkan MB Peja dari Bersatu… Depa hanya mampu pecah belahkan PH itu yg Najib lakukan ketika PH berkuasa.. Menghasut ddengan ketakutan kepada DAP..
Hari ini menjatuhkan Peja memang menjadi hasrat akar umbi UMNO di Perak… Cuma Zahid dan Najib bijak mengolah persetujuan pemimpin UMNO dibawah..Apakah kita mengharapkan mereka pula membantu PH di Persekutuan..kalau Najib dan Zahid setuju sekalipun..tetapi tidak pemimpin UMNO yang lain…
Jadi berpijak lah atas realiti Politik.. jangan terbuai dan sekali lagi menjadi buah catur Zahid dan Najib..Muhyidin pada bila bila masa boleh tumbang.. Cukup sekdar UMNO umumkan Keluar dari gabungan menyokong Muhyidin maka jatuhlah kerajaan Muhyidin.. dah pasti mereka tak lakukan sebab akan membuka laluan kepada Ds Anwar..mereka tidak bodoh.. di Persekutuan kedudukan depa tak sama seperti di Perak..
Jika UMNO dan PN berantakan..Muhyidin tumbang…Ketika tu ambillah Peluang.. Jangan sebab kita jadi Asbab Kelompok UMNO dan Kelptokrat Najib dan Zahid terselamat dari Penjara sepertimana Musa Aman dan Kunan.. apalagi kembali berkuasa.. 🙂