Akibat Khianat -.....Bakal dipecat Bersatu, Hasnul kata tak apalah…

 





Bakal dipecat Bersatu, Hasnul kata tak apalah…

“Tak apalah, tunggu keputusan Bersatu. Saya pun tak nak komen,” demikian kata ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Beliau mengulas berita tentang ura-ura bahawa beliau bakal dipecat parti  dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Hasnul berkata dia sedang menanti parti barunya – Bersatu – memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.

Untuk rekod Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Dia kemudian menyertai Bersatu. Ahmad Faizal pula merupakan timbalan presiden parti berkenaan yang berdepan undi percaya dibawa Adun Umno di DUN Perak pada 4 Dis lalu.

Ahmad Faizal terpaksa berundur dari jawatan menteri besar Perak selepas hanya mendapat keyakinan 10 daripada 59 Adun Perak, berbanding 48 undi yang menolaknya. Seorang Adun berkecuali atau membuat undi rosak.

Selain itu Hasnul Zulkarnain juga dikaitkan dengan perakuan bersumpah (SD) Adun Perak yang menyokong pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baru.

The Malaysian Insight melaporkan Biro Politik Bersatu pada Jumaat lalu membincangkan kedudukan Hasnul Zulkarnain ekoran perkembangan di DUN Perak.

“Kami mengenal pasti Hasnul sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong MB (menteri besar) semasa usul percaya.




No comments: