KERAJAAN JUAL WALAU TAHU DIBAWAH PARAS HARGA DAN MENTERI AGAMA TIDAK LAYAK DISITU

 HAMDAN TAHA

Saya sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Hilang

Sebentar tadi di dalam parlimen, YB Baling DS Azeez Rahim telah mendedahkan sepucuk surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Surat ini mendedahkan bahawa kerajaan telahpun bersetuju bagi membenarkan penjualan lebih 6,500 hektar ladang di Sarawak kepada syarikat non bumi (yang dimulakan prosesnya pada zaman PH) dengan dua syarat:

1. Harganya RM170 juta

2. Ekuiti 30% Bumiputera dalam tempoh setahun selepas penjualan.

I mean, how ignorant can you be Tok Pa? How naive can you be Dr Zul?

Syarat apa benda macam ni? Kita semua tahu harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga belian lama (+-RM250juta) dan harga penilaian pertama JPPH (RM224juta). Tapi kita jual juga.

Kita semua tahu bahawa dengan penjualan ini maka hutang RM247 juta terpaksa dihapuskira. Tapi kita jual juga

Kita semua tahu ladang-ladang ini sedang menghasilkan keuntungan kerana kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke paras RM3500 per tan berbanding RM1900 pada zaman PH. Tapi kita jual juga

Kita semua tahu 30% ekuiti Bumiputera itu boleh dibuat senang-senang melalui lantikan proksi. Tapi kita jual juga

Dan kalau dalam masa setahun ini proksi tidak dapat dilantik bagi memenuhi syarat 30% tu, apa Tabung Haji boleh buat? Ambil balik tanah kemudian nak bayar balik Tamaco dengan apa? Sedangkan hasil sawit telah dikutip berganda.

Bodoh sangat ke kita?

Penjualan ini daripada dulu hingga sekarang adalah antara isi tentangan UMNO dan PAS ke atas PH. Membenarkan penjualan ini bukan saja bukti PPBM gagal menjaga aset umat Islam, tetapi tiada rasa hormat ke atas sensitiviti rakan kongsi.

Kalau benar perlu dijual sekalipun. Maka ia mesti create value (cipta nilai) dan memberikan pulangan munasabah kepada Tabung Haji. Ini basic common sense.

Dan kepada Dr Zul. Maaflah.

Tak perlu hairan macammana YB Baling yang tiada apa-apa kuasa boleh lebih tahu daripada kerajaan hari ini. Itu sebenarnya bukti kakitangan kerajaan lebih percaya kepada mereka berbanding tuan-tuan semua pak menteri.

Nak jadi menteri agama, bukan sekadar perlu faham Quran dan hafal hadith. Tetapi mesti juga mahir dalam ilmu pentadbiran, dasar ekonomi umat, kompleksiti undang2 serta geopolitik dunia.

Kalau fokus tu lebih kepada tulis buku, ulas hukum hakam, terjemah kitab, bagi kuliah, beri bantuan kebajikan, maka kembalilah ke kerusi mufti.

Tuan lebih layak di sana.

---

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

 


No comments: