Guna strategi Reverse psikology menuju PRU 15


PRK DUN Chini: Proses pengundian tenang, tiada laporan polis


Guna strategi Reverse psikology menuju PRU 15

Reverse psykology marketing vs rebranding (langkah popular)

1- Seseorang membuat hantaran..dan di kongsi kan orang lain untuk mendapatkan langkah populis dan membuat caption kritikan atau pujian yang penyudah nya menjadi viral!!..

2- Soalan saya..
Siapakah yang bersalah??..
Teringat satu ungkapan popular dalam dunia marketing, “Monkey see, monkey do”..

3- Oleh itu jika ada isu parti saya mengambil pendekatan abaikan dan terus focus isu yang saya bawakan sendiri..jika berminat just komen, namun tidak akan membuat perkongsian..

4- Sesetengah agenda bersifat jahat dengan mewujudkan satu propaganda palsu untuk menutupi propaganda sebenar yang lebih besar dari pimpinan mereka, sebijak kata Jeneral perang Cina Sun Tzu,
“Seni tertinggi perang adalah untuk menaklukkan musuh adalah tanpa pertempuran”

5- Itu adalah cara Najib Razak, mantan Perdana Menteri berperanan, Najib hanya rebranding nama beliau yang telah busuk akibat sandal rasuah besar negara dengan menggunakan trending sosial media di kalangan anak muda..

6- Pernah ingat Najib bersama mat rempit menunggang motosikal dengan menjenamakan gelaran Bossku??.. Ia adalah gerak kan awal untuk Najib rebranding diri dia sendiri, bg sy Najib mempunyai advisor tersendiri dan berperanan mendapatkan rating di media sosial..

7- Kini agenda langkah populis yang di ambil oleh Najib adalah dengan membuat hantaran FB, dengan membawa isu rakyat dan dalam masa yang sama membuat kupasan tuduhan-tuduhan kes beliau untuk penilaian rakyat..namun Mahkamah tetap menyabitkan kesalahan kepada beliau??..

8- Dan soalan saya, semenjak bila Najib mengambil berat isu rakyat??.. Pernah ingat selepas BN menang Pilihan Raya beberapa kali, Najib menaikkan tol, minyak dan kos barangan mentah??.. Yang pada ketika itu rata-rata rakyat melahirkan rayuan kepada Kerajaan BN namun di abaikan..Najib hanya memberi wang percuma (BRIM) hasil kutipan GST (duit poket rakyat)

9- Kita semua sedar isu rakyat, isu Kebajikan rakyat, isu prihatin rakyat di bawa oleh DSAI sedari dulu, dan isu pengeluaran KWSP Dan Monotarium juga di ciplak Najib dari kupasan DSAI seawal bermulanya musim COVID19..

10- Seruan saya agar setiap ahli atau pimpinan terus komited mejalankan tugas kebajikan dan tugas di lapangan, dan bagi Cytro PH usah di layan kan isu yang tidak berkaitan.. Isu yang bakal menjerumuskan PH kepada perpecahan..terus kekal menyampaikan agenda busuk, penyelewengan, salah guna kuasa Kerajaan Pengkhianat..

11- Rebranding semula parti di peringkat Negeri mahupun daerah.. gunakan segala trending media sosial yang ada untuk menyampaikan propaganda Kerajaan Tebuk Atap yang cuba mengkaburi minda dan fikiran rakyat..

12- Perbanyakkan usaha dekati rakyat untuk menyampaikan maklumat, bantuan, bancian kursus berdepan PRU, sekerap mungkin..

13- Kerana kita perlu segera dan siap siaga melakukan segala persediaan berdepan segala kemungkinan..

14- Saya menjangkakan PRU kali ini PH akan di beradu dengan 3 penjuru atau lebih lagi bagi merebut sebuah kerusi..

15- Namun kekuatan PH masih terjaga di pucuk pimpinan iaitu “Kesepakatan Parti Komponen PH”..dan akar umbi juga perlu turut serta menguatkan kesepakatan tersebut.. Jangan di serabutkan lagi..

16- Jika anda tahu musuh dan mengenal diri sendiri, anda tidak perlu takut hasil dari seratus pertempuran..jika anda mengenal diri sendiri, tapi bukan musuh, untuk setiap kemenangan yang di perolehi anda juga akan menderita kekalahan.. Jika anda tidak tahu akan musuh maupun diri sendiri, anda akan menyerah dalam setiap pertempuran..



No comments: