Bob Kelanang
Semalam jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menasihatkan Harakahdaily agar belajar lebih beradab dan menjunjung adat Negeri Beraja – Rakyat Bersultan.
Ini susulan tindakan portal milik Pas itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam penyiaran gambar di portal tersebut.
Portal itu telah memuatnaik gambar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria setanding dengan Sultan Nazrin.
Tegas Annuar Zaini, jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang Adun dengan darjat seorang Raja Pemerintah.
“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang HARAKAH DAILY, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat NEGERI BERAJA – RAKYAT BERSULTAN.
“Bila meletakkan gambar; jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” katanya yang juga Ahli Dewan Negara Negeri Perak di laman Facebooknya.
Susulan dari teguran dari pihak Istana Perak, pihak HARAKAH DAILY telah menukar gambar yang dimuat naik dalam portal berita mereka sebelum ini. Tetapi gambar yang telah digantikan itu menjadi tular semula kerana, pereka grafik HARAKAH DAILY memuat naik gambar Sultan Perak berlatar belakangkan bendera Pas.
Ia serta merta mendapat kecaman dari warganet yang mempertikaikan tindakan portal berita Pas itu sebagai tidak beradab dan bodoh. Seorang pengguna twitter Ariff Eye Ahmad telah menegur perbuatan tersebut, “3 kali ubah tiga kali biadap… last sekali ubah letak Bendera PAS belakang gambar Sultan… Bodoh! Bodoh! Bodoh! PAS memang BODOH! BODOH itu percuma #SembahDerhaka”
Hasil carian mendapati ramai pengguna media sosial melahirkan kekesalan kepada parti Pas yang dilihat sengaja mencipta provokasi dan secara terang-terangan melanggar titah Sultan Perak untuk mengadap baginda sebelum ini. Tindakan Pas dan portal berita mereka iaitu HARAKAH DAILY amat memalukan dan menjatuhkan imej sebuah parti yang selalu melaung-laungkan parti itu parti Islam tetapi akhlak pimpinan serta portal berita mereka jauh terpesong dari apa yang dianjurkan oleh agama Islam.
BODOH ITU PERCUMA, PAS PARTAI BODOH