HAMDAN TAHA
Pada pandangan saya keputusan budget dalam undian di parlimen
menyebabkan kerajaan di bawah tan sri muhyudin di pandang oleh pemerhati
politik luar dan dalan negara tak begitu cantik..
Kerana jumlah yang di perolehi oleh kerajaan pn hanya 111 tidak
lepas angka 112 iaitu angka wajib untuk membentuk sebuah kerajaan atau di sebut
sebagai jumlah wajib untuk mejoriti mudah. Itu pun dengan mengunakan kuasa
ketua pengarah kkm membenarkan dua menteri datang dalam keadaan seperti nak ke
bulan....jika tidak kerajaan akan hanya dapat 109...
Kes covid 19 pula semangkin mengila naik jumlah yang menakutkan.
Ketua pengarah kkm pula sudah menjadi alat politik sahaja dan sudah hilang
hormat oleh ramai pihak apabila membuat keputusan yang berubah rubah. Bagai
mana kita nak adakan pru jika kes akan mencecah ratusan ribu pada januari
sehingga march.
Hari ini 1700 kes di mana silapnya bila setiap hari ada kes di
kilang,tempat tempat pembinaan dan rumah rumah di flat,kondo dan nampaknya
bertambah. Kuala Lumpur dan Selangor telah menjadi juara mengatasi sabah
keadaan seperti tidak dapat di selamatkan dan tidak ada control lagi dari
kerajaan. Selangor di buka semula dan hampir semua negeri sudah tidak ada pkpb
atau pun nama nama yang sama.
Korea baru kes meningkat ratus sahaja dah mereka buat lockdown
semula. Kita saya fikir kerajaan Muhyudin tak mampu untuk buat lockdown lagi
kerana keadaan ekonomi yang menghimpit dan mengejar mereka. Tapi jika tak ada
lockdown pun apakah rancangan kerajaan dan orang politik....apakah tak malu
malu asyik bergaduh jer...asyik kira nombor sahaja kerjanya...
Kerana nak pertahankan kerajaan PN maruah KP KKM di sampahkan
dan jawatan Sperker jadi pencacai tong taik taraf mereka. Dalam masa yang sama
tiba tiba dua ahli politik paling vateran dan paling lama di dunia...buat
kenyataan nak jadi PM lagi....tak pening kita di buatnya....walaupun dua tokoh
itu di peringkat dunia tidak ada yang boleh lawan. Ku Li ahli parlimen paling
lama di dunia yang menang bertanding dan tak pernah gagal. Tun Dr M pula bekas
PM paling tua di dunia dan jadi PM dua kali...menjadi PM dua kali tu bukan lah
rekod dunia....tapi umur 94 jadi PM tu rekad dunia....
Tapi apa faedah pada politik negara kita dengan kehebatan mereka
berdua. Tokoh ketua pembangkang pula dato seri anwar pula rekod dunia juga
menjadi bakal dan calun PM selama lebih 20 tahun. Tidak ada rekod sehebat dia
dari tahun 99 sehingga pru tahun 2018 dan saya kira sehingga pru 15 dia di
kekalkan sebagai calun PM dari parti yang bersama beliau. Bukan mudah tu....Ku
Li pun setakat dua pilihanraya sahaja...90 dan 95...
Apa pun kita sedang berdepan dengan serangan sebenar covid 19.
Hari ni kita dah kalah kan cina. Vaksin kita tak tahu bila akan sampai dan bagai
mana nak sekat jika tidak ada lagi lockdown. Pening