Aeogram Pas.

 

Aeogram Pas.

TUTUP LAMPU MARI MASUK DALAM KELAMBU

Selepas Asar petang semalam saya memenuhi permintaan seseorang untuk bertemu sambil minum petang. Dengar percakapan ini dan ada rumusan di bawah:

"Dah guane dengan Amanah ni, syeikh?" orang itu membekah cerita.

"Guane apa pula?" saya tanya secara pandir.

"Nak jadi apa dengan parti ni," katanya.

"Dah kenapa?" soal saya buat-buat tolol Haji Mahmud Peler Buta. Saya tak ada kena mengena langsung dengan Amanah hanya pemerhati politik sahaja.

"Ana tak faham dengan parti ini, celaru biru, habihh..." runggutnya mempamerkan wajah yang seban macam perempuan datang bulan.

"Celaru lagu mana pulak?" saya buat-buat tak faham sengaja mengutir hatinya. Biar dia rasa sakit dan saya boleh lepas geram. Sebenarnya saya dah malas nak bercakap tentang parti yang satu ini.

"Dah, kenyataang boleh sapa-sapa buat, macam tak ada koordinator saja, presideng buat kenyataang, timbalang presideng buat kenyataan, ketua komunikasi buat kenyataang.... semua nak buat kenyataang", katanya.

"Dah bapka, salah ke? Kata saya lagi sedikit pening pening lalat hijau kena lidi.

"Sepatutnya biarlah presideng sahaja yang buat kenyataan dalam hal-hal penting berhubung kerjasama dan sikap dalam PH. Atau serahkan kepada Setiausaha Agung sebab SUA adalah orang dibenarkan secara rasmi. Baru tak nampak bercanggah dan bergomol sama sendiri," katanya.

"Dah kita buat keputusang sokong Anwar bersama PH, apa paedah lagi pegi jumpa Doktor Mahathir," getusnya lagi. Oh disebut juga OT95.

Saya hanya membatu sesekali menghirup kopi long black yang dia belanja. Cukup pahit dan ada sedikit rasa tengik. Saya mengira komen itu merujuk kepada kenyataan terbaru oleh Salahuddin Ayub yang bersetuju dengan pembentukan gagasan baru pembangkang membabitkan semua parti termasuk parti Inkubator. Kenyataan dibuat Salahuddin itu dilihat rasmi kerana dikeluarkan kenyataan itu atas kertas bercop parti itu.

Selepas berbual hampir satu jam setengah dah nak masuk Maghrib, akhirnya saya rumus berpandukan kepada apa disebut kawan itu dan menyelami keresahan dan ketergangguan jiwanya.

Kenapa parti itu mengalami hal demikian, celaru biru di peringkat bawah, ahli berkekah sesama sendiri, ada negeri berpecah sampai empat kumpulan, ada Adun yang lari malam dan tikam belakang dan sebagainya ialah kerana satu perkara sahaja leadership, kepimpinan. Amanah menghadapi masalah kualiti kepimpinan. Leadershipnya sangat lemah.

Kelemahan ini berkebetulan pula kerana "kedompokan" ahli bawahan yang tidak diterbiyah. Diberi kefahaman mengenai tanggungjawab sebagai ahli, menjaga keaiban parti, diajar cara berorganisasi dan jangan berkekah sesama sendiri. Hal ini tidak dipantau oleh pemimpin. Inilah saya sebut sebagai kelemahan.

Dalam perhatian saya ada sesetengah ahli Amanah khasnya dari golongan muda bertimbuk bertakel sesama sendiri kerana perbezaan taukeh. Mereka bukan timbuk lawan tetapi timbuk godan sama sendiri. Mereka jadi anak ayam dalam reban yang tak cukup sagu terpaksa makan pongek kawan. Patut jubur sesama sendiri. Cinama...

Sebagai solusinya Amanah kena perkemas dan mantapkan leadershipnya. Semua pihak kena kembali kepada semangat asal semasa hendak tubuh parti itu. Masing-masing kena rela, terbuka ikhlas dan penuh iltizam seperti awal dahulu lagi.

Dalam perhatian saya parti ini mulai rosak, jadi tidak menentu apabila selepas menang pilihan raya, apabila MP dilantik jadi menteri dan timbalan menteri. Pelantikan itu menyebabkan semua lupa diri, asyik menghidu aroma baju dan seluar baru. Malangnya urusan parti tidak dibuat atas alasan semua orang di pejabat parti berpindah ke pejabat menteri. Bila menang, kubu perang ditinggalkan.

Nah sekarang semua dah kena tinggal pejabat menteri di Putrajaya, elok kembali semula ke pejabat parti di Jalan Ipoh kembali ke kubu semula dan bekerja semula, urus keahlian parti dan kemaskan logistik parti untuk menghadapi pilihan raya. Amanah perlu mengambil sikap sendiri tidak perlu layan angan dan mimpi Anwar Ibrahim dan OT95. Tidak perlu pergi berjumpa dengan Tengku Razaleigh kemudian masukkan gambar dalam Fb. Atau berjumpa dengan pemimpin PN dalam gelap.

Dan jika perlu, kalau Amanah memahami dan sedar bahawa presiden atau timbalan presiden gagal memainkan peranan penting dan besar itu, sedia memikul tanggungjawab, Amanah boleh menukar mereka. Sistem pemilihan Amanah boleh tukar presiden dan timbalan presiden tanpa melalui kongres.

Presiden, timbalan presiden dan eksekutif lain dilantik dari kalangan 27 Ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam kongres. Majlis kerja boleh bersidang berjemak berkira, cari dalam kalangan mereka 27 itu (tidak termasuk Husam Musa) lantik mereka jadi presiden atau timbalan presiden yang baru. Sistem dibuat Amanah ini unik.

Dalam hal ini Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub juga perlu bersikap berani, ikhlas dan terbuka untuk menawarkan diri berundur dari jawatan utama itu. Jika mereka sayangkan parti lakukan jangan berdolak dalih. Jika bahu tak kuat jangan terus pikul beban berat. Bahaya. Habis cerita, tutup lampu embus pelita, masuk ke dalam kelambu. Trims.

 

No comments: