CABUTAN KHAS NOMBOR EKOR DITAMBAH, PAS JADI SETAN BISU ....WOIIII....ISLE MANA..ISLE...???

 

BOB KELANANG

Image may contain: one or more people, text that says "Agensi Nombor Ramalan 万能万字票 magnum e"

Senator YB Liew Chin Tong hari ini mendedahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah mengembalikan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Menurut senator daripada DAP itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas daripada 22 kali pada tahun 2018 (yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional), kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

Namun, apa yang dikesalkan kerajaan Perikatan Nasional hari ini telah mengembalikan kekerapan cabutan khas itu kepada 22 kali pada tahun 2021.

Kerajaan Pakatan Harapan menurut beliau, komited untuk mengurangkan aktiviti perjudian kerana perkara itu boleh menyebabkan pertambahan masalah sosial kepada masyarakat meskipun kerajaan mendapat pulangan yang lumayan dalam bentuk cukai.

“Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas,” tambah beliau.

Perkara itu turut menjadi persoalan, dimanakah suara Pas, salah satu parti pemerintah hari ini yang mengaku memperjuangkan Islam namun tidak berani membantah keputusan itu? Apakah Pas sudah terlalu mabuk dengan kuasa sehingga tidak kenal lagi halal haram?

 

No comments: