PH perlu tolak Atok dan Umno demi masa depan


The failures and successes of Pakatan Harapan | The Star


Oleh: Mohamad Saja

Kalaulah yang baca posting saya ni tahu tentang bilik perang PKR macam mana sekarang ni. Saya rasa depa pun tak akan mencadangkan Grand Coalition dan memilih teruskan usaha mendapatkan sokongan rakyat pada PRU15.

Yang bijak membaca senario semasa adalah seorang YB Kelantan yang ketika ini bertindak menyembunyikan diri ke dalam gua Hira di Kuala Lumpur. Beliau menumpukan usaha jalan tengah dengan memilih mengapai aur supaya terus terikat kuat di tebing sungai.

Pada saya elok tinggal saja Atok dan Umno tu. Ada Atok ditolak PKR, bergantung harap Umno umpama tunggu durian yang tak gugur. Nak gugur macam mana, keputusan ditentukan MT Umno. Dalam tu ada tiga puak, satu puak takda jawatan menteri, satu puak tunggu keputusan mahkamah, satu puak lagi jadi menteri.

Kalau ramai orang tahu apa yang berlaku di dalam pejabat Tropicana dan Country Heights. Pasti tiada Grand Coalition dan Tiada Lagi Atok. Berharap pada Umno, terpaksa menunggu mesyuarat MT Umno. Berharap Atok berdepan dengan pecahbelah gabungan PH.

Macam madu tiga

Masalah, Atok dan Umno macam berbini tiga. Bini pertama PH, bini kedua Atok dan bini ketiga Umno. Memang la kalau kekal semua sedap. Tapi bini pertama tinggal kita, bini kedua tendang bini ketiga. Bini ketiga dok cucuk bini pertama. Elok cerai bini dua dan tiga. Sambil tu usha bini MUDA.

Elok move on dan fokus PRU14. Pada saya la, kalau pun ada lagi saki baki penyokong Atok, ia tidak sampai pada tahap PRU14. Gabungan dua puak itu tidak mungkin memberi kemenangan kerana perseteruan terlalu tinggi disebabkan pengkhianatan.

Tetapi, jika digabung keduanya pada saya la akan memberi laluan sokongan golongan muda pada MUDA. Memang MUDA tak kuat tapi jika sentimen MUDA untuk orang muda dan kempen kenapa perlu kuasa diberi kepada orang tua untuk menjaga masa depan mereka boleh meningkatkan sokongan parti MUDA.

Komponen utama pembangkang

Jika dibentuk dan dibimbing parti MUDA dengan baik, mereka boleh menjadi komponen utama pembangkang. Cuma dengan pengalaman yang kurang pergantungan harap kepada kepimpinan parti MUDA boleh membunuh pembangunan negara jika pengalaman Syed Saddiq dijadikan sandaran.

Golongan muda membentuk 30 peratus pengundi PRU15. Jika dibimbing dengan baik PH boleh mengantikan blok melayu Pas-Umno dan minoriti undi protes penyokong Atok saka.

Saya lebih suka bekerjasama dengan golongan MUDA berbanding bergantung harap dengan pengkhianat. Kerana saya nampak potensi mereka dengan sifat golongan muda ketika ni. Mereka kalangan generasi melinium bersifat confident serta yakin di atas perkara yang mereka buat.

Mereka melakukan dengan harapan mencapai sesuatu yang mereka impikan kerana mereka tiada apa yang boleh dimiliki dengan warisan yang mereka dapat dari pemimpin generasi lama, dengan hutang dan harga rumah yang tinggi.

Mereka juga sangat bercita-cita tinggi. Jika mereka minda mereka ditanam dengan cita-cita tinggi untuk membina negara yang bebas rasuah dan penuh integriti tak mustahil MUDA mempunyai harapan dengan undi golongan muda.

Semangat suka dijangka

Pada PRU 1993, SRC UIA saya pernah berkempen mengalahkan kumpulan lawan yang menyokong parti PAS. Tahun sebelumnya mereka menang 16/18.

Tapi pada tahun tersebut, kemenangan parti pro-kerajaan berubah menang menjadi 16/18 apabila mahasiswa yang tidak pernah turun mengundi dan percaya kepada satu kerajaan baru SRC perlu diwujudkan.

Begitulah orang muda. Semangat mereka sukar dijangka. Mereka tiada liabiliti untuk ditanggung. Harta mereka hanyalah harapan. Seperti hartanah, jika harapan dapat dibentuk dan dibina dengan baik, tidak mustahil kemenangan menjadi harta yang mereka impikan.

Kerana berkawan dengan MUDA boleh membentuk pemimpin baru yang tiada sifat khianat seperti pemimpin tua. Maka, ayuh kita tinggal yang tua, kita bimbing muda.

No comments: