ANDA TAK TAHU MANA SATU...NAK ATOK ATAU SERABUT LAGI? SERTAILAH PKR


Image may contain: text that says "PKR Pilihan Terbaik"



Mahathir dah kata, dia tak perlu patuh dan taat kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang atau Pengerusi PH.

Ini peluang baik. Anwar pun 'offer" kat Mahathir, Kalau mahu join PH, mesti terima prinsip dan reform yg akan dibawa oleh PH dan jangan ulang perangai buruk yg lama.

Korang agak Mahathir yg terkenal dgn egonya dan telah berjanji tidak akan patuh kepada Anwar, akan terima tak syarat Anwar? Kompom tidak, kan? Maka...kita semua akan selamat dari sang saka.....

Bijak tak Anwar? Haha....

Dia kata, Pie Bedal Warisan tu bila2 masa boleh hadir meeting PH, tapi Anwar tak panggil. Nak salahkan Anwar la tu.

Warisan bukan gabungan PH, takkan bekas menteri sebengap itu kot? Dah dia bukan ahli dalam PH, buat apa nak jemput datang mesyuarat? Mesyuarat Warisan dia ada jemput korang ke??

ANDA BERSERABUT DENGAN PARTI ANDA? ANDA TOLAK MAHATHIR DAN PENGKHIANAT?

Jangan berputus asa dengan politik. Anda perlu bijak buat pilihan. Dulu, kita harapkan Tun Mahathir untuk melakukan reform atau perubahan di dalam negara ini. Malangnya, beliau bukan berjiwa reform. Mahathir telah memusnah harapan majoriti rakyat Malaysia yang memilih PH untuk melakukan reform. Beliau punca pengkhianat menyusup mudah dan menjatuhkan kerajaan mandat rakyat.

Maka, Keadilan tegas menolak Tun Mahathir untuk kembali bersama usaha mengambil kembali mandst rakyat. Jika anda merasakan kita perlu melakukan ini, maka anda perlu bersama kami di dalam parti Keadilan. Bagaimana untuk menyertainya dengan mudah?

Sertai kami Parti Keadilan Rakyat, wadah

terbaik

buat rakyat melalui 6 langkah mudah.

1. Pegi ke Google, taip Parti Keadilan Rakyat

2. Pilih "Sertai Kami - Parti Keadilan Rakyat

3. Pilih "Permohonan menjadi anggota Keadilan"

4. Baca syarat2 permohonan dan arahan

5. Isi butiran peribadi

6. Tekan "Daftar".

Mudah sahaja cara2 memohon menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

PRU15 nanti, pastikan anda hanya mengundi calon2 Parti Keadilan Rakyat dan pihak yg diiktiraf sebagai sekutu politik Parti Keadilan Rakyat.

#SertaiKeadikan

#TolakMahathir

#TolakPengkhianat

 

No comments: