Panas! Walaupun Pas ada dalam kerajaan, aktiviti di pusat hiburan tertinggi ingkar PKP

 


Panas! Walaupun Pas ada dalam kerajaan, aktiviti di pusat hiburan tertinggi ingkar PKP


Melakukan aktiviti di pusat hiburan masih mencatatkan jumlah tertinggi individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Daripada 456 individu yang ditahan, seramai 170 orang dikesan melakukan kesalahan itu di pusat hiburan.

Ia diikuti kesalahan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal dengan 167 orang, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (67), tidak memakai pelitup muka (45) dan lain-lain (7).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah keseluruhan ingkar PKP itu, seramai 421 individu dikenakan kompaun, 34 orang pula direman dan seorang dijamin.

Bagi Op Benteng pula, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 57 pendatang tanpa izin (PATI) serta merampas tiga kenderaan bagi tempoh yang sama.

“Sebanyak 114 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan semalam membabitkan Op Penawar membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Benteng PDRM dan Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus.

Katanya, PDRM juga membuat sebanyak 43,077 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Sebanyak 2,349 pasukan pematuhan membabitkan 10,093 anggota membuat pemantauan di 3,295 pasar raya, restoran (4,528) restoran, penjaja (1,457), kilang (1,082), bank (3,118) dan 458 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 966 terminal pengangkutan darat, 231 terminal pengangkutan air serta 91 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 13,074 premis sudah disanitasi merangkumi 137 zon.

Sebanyak 14,726 premis disanitasi terdiri daripada 2,938 pusat perniagaan, 1,694 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,944 tempat awam, 357 pasar raya dan 6,793 bangunan kerajaan.

Ismail berkata, sebanyak 19 operasi sanitasi meliputi tujuh Zon Merah, dua Zon Jingga, lima Zon Kuning dan dua Zon Hijau membabitkan sembilan negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.

Selain itu, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 93,070 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka itu ditempatkan di 75 hotel dan 17 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Melaka.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,125 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 536 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.



No comments: