POLITIK PARASIT PAS DAN KEBACULAN POLITIK UMNO

 

HAMDAN TAHA


No photo description available.

ADA LAGIKAH YANG NAK PAKAI KETAYAP INI?


Bila ahli ahli parlimen Pas jadi pengampu kepada kerajaan PN bukan lah luar biasa kerana mereka semua berjawatan...presiden mereka pula tu timbalan pengerusi 1 pada PN sudah tentu lah berhujah kena balun lah siapa pun yang tak sokong barget....

 

Menteri yang jaga hal ehwal parlimen pun orang dia juga.....cuma sedihnya ahli ahli parlimen Umno dan ketua ketua bahagian Umno seperti tidak faham bahawa BERSATU telah berjaya memusnahkan hubungan Pas dan Umno. Mufakat Nasional yang Umno banggakan itu sudah tidak bermakna pun...sudah tidak bernilai bagi Pas....

 

Pas sudah jelas bersama PN dan bukan sekadar bersama sahaja tetapi pegang jawatan besar dalam PN dan mereka telah buat keputusan mutamad antara Umno dan Bersatu mereka pilih bukan Umno tapi Bersatu. Apakah Umno jenis tak faham bahasa sehingga tidak tahu dan tak sedar diri bahawa mereka sudah tidak di perlukan lagi....

 

PN ialah satu gabungan berdaftar dan sudah ada lambang dan bendera sendiri. Bendera mereka telah di gunakan dalam pilihanraya Sabah. Bermakna PRU ke 15 nanti Pas akan turut sama guna lambang PN....jelas dah tu....jadi di mana BN dan Umno di mata Pas....tidak ada pun hati orang Pas ni pada Umno....kerana mengenali politik Hadi dan Pas mereka jenis menumpang pada yang kuat....ketika Tun M kuat di cenderung pada Tun M,bila satu ketika Anwar kuat dia ke arah situ,ketika DAP dapat membantu mereka di situ lah condongnya....sekarang kerana PM ialah dari Bersatu ke situ lah mereka bertengek....

 

Selepas ni mereka akan lantik pengerusi perhubungan negeri,sudah tentu di semenanjung pengerusi akan di pegang oleh Bersatu timbalan dari Pas jika negeri seperti Selangor,Perak,Johor,melaka,N9,tetapi negeri seperti Kelantan,Terengganu,Kedah akan di pegang oleh Pas...BERSATU jadi timbalan pengerusi....jika ini semua telah di ujudkan di mana kerjasama Umno dan Pas dalam Mufakat Nasional....dah tak ada la bro bro dalam Umno....tapi Umno macam takut bebenor nak jadi pembangkang sekejap.....takut benar untuk keluar dari kerajaan PN sebab semua dah ada jawatan belaka......

 

Di bahagian bahagian sekarang ini Pas dan Bersatu bergerak satu pasukan...Umno sudah di tinggalkan pun. Tambahan pula kawasan kawasan yang MP atau ADUN mereka ada BERSATU dan Pas.....

Mantap kerjasama mereka buat program....dan mereka sekarang telah berunding pun kerusi kerusi mana nak bertanding....Selangor sudah pasti Bersatu ambil banyak kerusi....Pas dapat lah sikit....kerana Azmin dan Zuraidah yang akan control sepenuhnya Selangor.....

 

Lebih baik Umno keluar je dan kita tetap kita BN tak perlu bagi kerusi dengan sesiapa pun....kita lawan tenggok....baru jantan....

 

No comments: