Rundingan Tun M- Anwar, ambil iktibar penyatuan England – Scotland
Ada beberapa negara mengambil kaedah luarbiasa dalam menyatukan rakyat dan penyokong mereka seperti yang berlaku di lebanon antara kristian dan Islam, di mana Islam menjadi PM dan kristian menjadi presiden. Yang paling ekstrem adalah bosnia herzegovina, ia berusaha menyatukan Islam, khatolik dan ortodoks. Keputusan dibuat setelah melihat kepentingan kumpulan atau parti melebihi dari keputusan diri sendiri atau parti yang diwakili.
Esok dikhabar ada satu perjumpaan di antara kepemimpin utama pakatan harapan. Beberapa pertemuan rahsia di kalangan pemimpin kanan telah berlangsung. Dibawah mimbar kaca, kedengaran pelbagai cerita positif dan negatif di kalangan ahli tentang satu pra pertemuan pemimpin utama PH semalam.
Pertemuan esok adalah sejarah baru politik Malaysia, jika satu keputusan positif berjaya dicapai. Kerajaan baru akan dibentuk dan menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Seumpama cerita tentang pembentukan great britian di antara england dan scotland. Diikuti wales dan kingdom of ireland.
England mengalami kekalahan besar sebelum pembentukan great britian dan kehilangan Amerika Syarikat dalam “war of independence”. Bagi mengurangkan kesan negatif ke atas soverignity kawasan jajahan dan keuntungan perniagaan dari perkembangan empayar british. Pembentukan bank of england pada 1694 dan penyatuan great britian pada 1707 telah menjadi Great Britian kuasa besar perkapalan dunia dan empayar baru dunia.
Cerita politik dalam negara sangat rencam. Saya bukan berhajat menambah gula kepada kopi yang sudah manis atau membuat cerita bagi menyedapkan pembaca cerita. Tapi penulisan ini paling tidak berniat supaya persengketaan dua dekad antara Anwar dan Tun dapat dimuktamatkan. Dengan termeterai satu perjanjian damai yang menyenangkan kedua-dua pihak. Maka ia juga akan menghentikan cerita adu domba yang menambah garam dalam persengketaan kedua kumpulan dalam tempoh dua bulan terkini.
Kita pun tahu sapa sebenarnya tukang adu domba ni. Pattern adu domba dalam sejarah sama saja. Mereka dalam sejarah dicatatkan sebagai kumpulan yang tiada hala tuju dan mempunyai akal pendek. Mereka rasa apa yang mereka buat tu betul “pada saat mereka lakukan tetapi menjadi beban selepas peristiwa sudah berlaku”. Setahu saya puak adu domba ini bukankah puak “undi rosak” ketika PRU14.
Dalam sejarah islam mereka ni adalah khawarij. Mereka ini seumpama kumpulan yang menyokong Ali dan marahkan Othman. Saidina Ali pula adalah seorang khalifah yang bijaksana tetapi mempunyai hati yang lembut dan berbaik sangka. Perjuangan mereka yang terlalu ekstrem dan mendewakan Saidina telah menyebabkan nyawa Saidina Ali sendiri terkorban. Perseteruan antara kedua kumpulan telah mewujudkan puak syiah dan kerajaan Islam muawiyah di Syam.
Tapi maksud saya mereka khawarij dalam politik malaysia. Ia tidak sampai kepada mentakrifkan iman mereka. Untuk maju, scenario politik Malaysia sepatutnya tidak didominasi oleh kelompok pemikiran politik khawarij orang melayu samada dalam PH atau maufakat Nasional. Tidak bersetuju adalah adat tetapi melaga-lagakan dua pimimpin dan penyokong adalah kerja jahat yang patut dihentikan.
Ia ditambah dengan Anwar yang bersangka baik. Cuma saya tidak bersetuju dengan anggapan Anwar merestui kumpulan ini bersama dengan Ezam untuk menjatuhkan Tun. Sekali lagi kumpulan ini menyelinap masuk dengan mencipta fitnah baru ketika Anwar semakin lunak ke arah penyatuan. Pertemuan chegu bard Anwar adalah satu peristiwa yabg tidak baik utk proses penyatuan.
Saya tidak tahu kandungan perjumpaan tapi ia tidak baik kepada perjumpaan esok hari. Saya tidak nampak kebaikan perjumpaan tersebut. Tapi perjumpaan tersebut menambah garam kepada luka yang sedia berbekas di kalangan penyokong PH di bawah.
Anwar perlu berhenti membuat ijtihad sendiri dan menerima maklumat dan buah fikiran beberapa individu yang rapat “the elders” dengan beliau ketika kini. Bukan kumpulan sebuah NGO lama beliau yang datang rapat ketika PH berjaya. Dimana mereka ketika Anwar di dalam penjara? Ia perlu melihat lebih luas dalam kerangka politik penyatuan. Namun dalam pertemuan esok, ia boleh untuk tidak bersetuju tetapi cadangan penengah “middle solution” perlu hadir agar kedua pihak dalam menang-menang.
Formula Tun-Anwar-mukhriz adalah pengimbang kuasa yang paling lunak kerana ia dapat menambat tali keputusan Tun kepada menerima Anwar sebagai PM. Cadangan setengah kumpulan dengan memasukkan mukhriz sebagai TPM diperingkat pusat melegakan banyak pihak di Kedah yang selama ni melihat Mukhriz lebih banyak menghabiskan masa di KL dari di Kedah. Ia sebenarnya material persekutuan bukan negeri. Ia juga bertujuan mengukuhkan PPBM bagi menentang Umno di desa.
Manakala Anwar perlu ingat apa yang telah Tok Ayah pernah katakan padanya: “Jalan saudara untuk PM bukan mudah, anda perlu melalui satu ranjau perjalanan politik yang sukar”. Kejayaan anda menjadi PM akan melakar sejarah besar kepada pembangunan negara. Sesuatu baik bukan Mudah diperolehi kerana berlian pun menjadi bernilai setelah melalui proses yang sukar. Anwar Diuji dan diperakui melalui lipatan sejarah yang menyedihkan.
Jika keputusan masih menemui jalan buntu, untuk takdir menyebelahi beliau. Beliau perlu membuat pergorbanan sekali lagi. Tapi kali ini ia adalah satu persetujuan dan diikuti dengan pengistiharan bahawa kedua pihak sudah bersetuju bahawa satu proses pemindahan kuasa akan berlaku secara smooth pada 1 hb Muharam 1442.
Biar sejarah mencatatkan siapa munafiq dan siapa mangsa simunafiq. Antara menjadi munafiq dengan menjadi PM, pastinya dosa keduanya tidak sama. Munafiq pada sisi Islam, kedudukan hidup selepas mati lebih hina dari sikafir.
Pasca mesyuarat PH esok dan pembentukan kerajaan baru perlu dicatat satu lagi kenyataan rasmi iaitu “pemimpin jangan kamu mengkhianati kami lagi”. Pernahkah kamu ingat disekeliling kamu siapakah mereka?. Mereka itu kerjanya tiada. Hati mereka hanya untuk Malaysia baru yang mereka idamkan.
Jangan dilayan mereka seperti sampah sepertimana anda pernah berkuasa dalam 22 bulan dahulu. Jangan anggap mereka itu menganggu anda dan anda rimas dengan mereka. Kalau anda tidak suka mereka. Kenapa kamu kawan dengan mereka sebelum anda senang? Tanpa mereka siapa kamu. Bukan mereka mengharap projek berjuta tetapi biarlah mereka juga terlibat dalam proses pembangunan semula negara. Melalui pelbagai inisiatif yang lain.
Saya dimaklumkan bahawa antara pemimpin yang paling hebat dalam menjaga penyokong adalah Azmin. Beliau tahu siapa yang patut diiktiraf diberi jawatan dan siapakah sekadar penjaga kunci pintu bangunan. Tetapi kita pula mengangkat tetamu dan menghina anak menantu dalam parti sendiri.
Ketika anda susah anda menengek dipintu ofis penyokong anda. Menumpang makan kambing dan menunggu durian masak di kebun changlun. Malah ada kalangan penyokong otai PH masih memanjat pokok memasang bendera. Ketika anda menjadi menteri, anda lihat mereka ini umpama “anak tiri” anda yang tidak sedar diri. Tetapi lupa diri itu sendiri, tiada kenal lagi siapa kawan yang patut dihormati atau siapa lawan yang patut berhati-hati.
Rimas dengan perangai mereka tetapi anda lupa mereka datang untuk memberi nasihat bahawa isteri baru kamu tu sedang mengikis harta kamu. Saya “admin” pernah dipanggil untuk terlibat dalam media PH sebelum menang dan hadir semula bermesyuarat selepas kalah baru-baru ni. Ingat bila susah, lupa ketika senang.
Juga diingatkan kepada pemimpin PH, jika kembali berkuasa. Bentuk kumpulan pemikir dalam mengarah arah tuju parti dan kementerian yang dipegang. Jangan jadi kontraktor masuk dalam rumah yang usang. Melihat mana yang rosak dan terus diperbaiki. Yang kamu pimpin bukan sebuah rumah yang rosak. Tetapi kamu memimpin negara yang rosak dan perlu pelan dasar yang khusus.
Semoga esok mentari menyinar kembali di ufuk timur harapan rakyat malaysia. Kalau tak selesai juga. Lebih baik dua-dua bersara. Penyokong sudah letih, Yb pun letih. Nak cari mana duit nak jaga kawasan kalau jadi pembangkang. Pasal tu la pas pun nak lompat kalau PH kerajaan. Sekian.