GAMBAR-GAMBAR DARI FB: PEMIMPIN PH POSITIF SELEPAS MESYUARAT 3 JAM DISERTAI ANWAR DAN DR M

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
sharethis sharing button 
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata, ia mengadakan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian setiap parti, tetapi enggan memberikan butirannya selepas mesyuarat 3 jam yang dihadiri bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan 5 pemimpin tertinggi dalam PH itu menyatakan perbincangan secara menyeluruh itu menampakkan kemajuan amat positif.
“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.”
Mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR itu turut dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Warisan, Shafee Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mereka meninggalkan ibu pejabat PKR pada 6.15 petang dan enggan memberikan sebarang komen.
Ini kali pertama Mahathir dan Shafie ke ibu pejabat PKR selepas kerajaan PH tumbang akhir Februari lalu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sewaktu ditemui pemberita berkata, mesyuarat itu berjalan lancar dalam suasana sangat positif.
Difahamkan mesyuara itu membincangkan calon PH untuk jawatan perdana menteri, susulan beberapa dakwaan bercanggah untuk jawatan itu sejak kejatuhan PH akhir Februari lalu.
Krisis politik itu menyaksikan PH digulingkan selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan PPBM meninggalkan gabungan berkenaan.
PKR, DAP dan Amanah kemudiannya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri mereka dalam usaha untuk kembali ke Putrajaya.
Spekulasi PH cuba mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.


No comments: