Komen terhadap kenyataan "NEGARA MENGHADAPI DEFISIT BERGANDA"



#CopyNshare

1. Ini bukan scam. Ini berita benar dan pahit daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

2. Selepas tidak sampai sebulan berkata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, sekarang Menteri dunia korporat itu kata kerajaan akan berhutang.

3. Bila Zafrul kata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, banyaklah laskar siber Muafakat Nasional yang sekarang menjadi penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional (PN) tuduh Guan Eng bohong bila dia kata kerajaan tak ada duit.

4. Saya tidak ada hal kalau laskar siber Muafakat Nasional masuk berbahas secara faktual tapi ramai yang suka maki hamun dan guna akaun palsu.

5. Ada yang suruh kerajaan korek atap siasat pinjaman Bon Samurai dari Jepun oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

6. Mereka tidak pun tahu yang kerajaan dari dulu lagi tak pernah cukup duit. Hasil tahunan kerajaan hanya cukup untuk bayar gaji dan pencen kakitangan awam, penyelenggaraan dan bayar balik hutang. Untuk pembangunan kena pinjam.

7. Sekarang Menteri Kewangan pujaan mereka sendiri bagi tahu Reuters yang kerajaan akan berhutang bagi merangsang ekonomi akibat pandemik Covid-19.

8. Bukan sekadar berhutang malah sampai defisit belanjawan (fiscal deficit) bagi tahun ini berganda. Maksudnya Zafrul cadang kerajaan berhutang dengan lebih banyak. Ertinya lebih banyak daripada zaman PH.

9. Daripada siapa dia nak berhutang? Daripada siapa lagi kalau bukan kita yang ada duit dalam bank, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan KWAP.

1O. Untuk selamatkan kita, kerajaan berhutang daripada kita dan pungut cukai daripada kita untuk bayar balik hutang daripada kita.

11. Tak hairanlah kalau pasaran saham semalam (Isnin) jatuh walaupun pada hari Jumaat Muhyiddin Mohd Yassin umumkan peruntukan tambahan RM35 bilion untuk jana ekonomi.

12. Ini adalah kerana pelabur tahu bahawa ia adalah pembiayaan defisit daripada sumber hutang.

Sumber #FBfriend


No comments: