Friday, April 10, 2020

Berkesan… Jepun tawar antivirus ‘Avigan’ untuk lawan Covid-19 secara percuma


Jepun akan bekalkan Avigan kepada 20 negara yang sedang menjalani ujian klinikal terhadap ubat tersebut dalam merawat pesakit Covid-19 secara percuma. (Gambar fail)

Jepun kini menawarkan ubat “anti-flu” secara percuma kepada 20 buah negara berikutan penularan virus Covid-19 yang sedang menyerang hampir seluruh dunia.

Ubat yang ditawarkan ialah ubat “Avigan”, atau juga dikenali sebagai “Favipiravir”.
Untuk pengetahuan anda, Avigan adalah ubat antivirus yang dibangunkan oleh Toyama Chemical of Japan bagi merawat pesakit influenza di negara itu.
Bagaimanapun, hasil penyelidikan pegawai di kementerian sains dan teknologi China mendapati ubat ini turut berkesan untuk merawat Covid-19 ekoran memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam ujian klinikal di Wuhan dan Shenzhen yang melibatkan 340 pesakit.
Ia mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan jelas berkesan dalam rawatan.
Berbeza dengan pesakit yang tidak dirawat dengan sebarang ubatan, mereka mengambil masa sekurang-kurangnya 11 hari untuk sembuh.
“Kami bekerjasama dengan negara yang berminat bagi memperluaskan ujian klinikal ubat Avigan di peringkat antarabangsa.”
Menurut sumber, Jepun akan memberikan ubat ini secara percuma kepada 20 buah negara yang ketika ini sedang menjalani ujian klinikal terhadap ubat tersebut.
Antara negara yang terlibat Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi dan kini sebanyak 30 buah negara telah menunjukkan minat terhadap ubat yang ditawarkan.
Sebelum ini pada 2016, kerajaan Jepun pernah membekalkan Avigan kepada Guinea sebagai bantuan kecemasan untuk menentang wabak virus Ebola di sana.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers