Sabar jika hadapi keganasan rumah tangga, pesan Zailah dikesali

Sabar jika hadapi keganasan rumah tangga, pesan Zailah dikesali



Pesanan dan nasihat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang tips berhadapan tekanan dalam keluarga dilihat mengundang rasa kesal warganet.
Video berdurasi 5 minit 18 saat itu dimuatnaik di Instagram Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada 4 jam yang lalu.
Menurut Siti Zailah, beliau berkata dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini, suasana dalam masyarakat dilihat semakin mencabar.
“Mungkin ada tekanan yang dialami dalam keluarga, permasalahan dalam rumah tangga dan berlakunya keganasan dalam rumah tangga.
“Itu mungkin satu perkara yang wujud hasil daripada tempoh PKP yang panjang. Sebagai langkah untuk menangani permasalahan dalam rumah tangga, saya ingin kongsi tiga tips atau cara untuk berdepan dengan masalah ini.
“Cadangan pertama adalah daripada sudut fizikal. Kaedah kedua pula daripada sudut mental manakala tips ketiga daripada sudut spiritual,” katanya seperti dipetik dalam video itu.
Susulan tips yang diberikan, seorang netizen menggunakan nama profil ruzanna_rahman92 menyifatkan Siti Zailah tidak berapa memahami tentang keganasan rumah tangga.
“Maaf Puan, nampaknya Puan tak berapa faham ‘nature’ keganasan rumah tangga. Kesemua tips yang Puan kongsikan hanya boleh dipraktik untuk keharmonian rumah tangga yang normal,” kata netizen itu.
Seorang lagi pelayar Instagram dikenali sebagai unilokman turut sependapat dengan ruzanna_rahman92.
“Maaf Puan tapi saya rasa tak semua orang boleh guna nasihat yang Puan berikan. Nasihat Puan hanya dapat digunakan di rumah yang keluarga yang memang harmoni dan tiada keganasan rumah tangga.
“Kami risau tentang keselamatan keluarga yang cenderung menghadapi atau yang memang ada masalah keganasan rumah tangga. Mereka tiada tempat berlindung,” ujarnya dalam ruangan komen.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

ORANG BUKAN MELUAT PADA PROGRAM...ORANG TU MELUAT KE AWAK LA...BADIGOL