SETARA TU LAH OTAK HANGPA... DULU, KINI DAN SELAMANYA



Banyak kali aku dok merengek dengan Ust Ab Shukur Azhar nak mengekor dia pi Afrika. Dia pun banyak kali sebut, cari masa sesuai, jom kita pi.

Syaratnya bagi tau awai. Kalau lewat susah sikit. Duit, pikiaq kemudian. Ada masa sesuai, jadi, kata dia. Memang macam tu la Ust Azhar. Manusia mudah berkira.

Dia timbalan aku di Akademi Nunji. Aku lega apabila dia sanggup aktif. Senang cakap, tanpa dia, Akademi Nunji tak boleh wujud dan tak boleh bernafas. Cukup setakat tu aku sebut.

Sehari dua ni bising puak lebai tebuk atap nak boikot syarikat dia. Aku nak tergelak pun ada dengan tindakan geng lebai tebuk atap tu.

Sebab depa sebelum ni dok kempen boikot barang Cina kafir, tiba² depa nak boikot syarikat Melayu Islam pulak. Dah terbalik kuang perangai lebai ni...!

Ooohhhh...depa marah, pasai depa kata Ust Azhar hina "ulama" depa, hina parti depa, kata ulama depa bohong. Paling depa marah dalam isu kilang arak boleh operasi time PKP.

Aku sebut macam ni saja. Dalam surat yg ulama depa hantar kepada tok Arab tu memang banyak fakta bohong. Bukan setakat bohong, fitnah pun ada. Kalau dah dia bohong sungguh, nak kata apa, kata bohonglah.

Depa marah gambaq logo parti depa diserupakan dgn logo syarikat arak. Eleh... lagu tu pun terasa dah? Hangpa kata rona parti mcm tok sami, hangpa panggil parti kami PAN, ketua hangpa pun sebut kuali, lepas tu hangpa lelong ayat Quran... kullu man alaiha faan.. untuk kata kami binasa...

Kalau hangpa mengata sedap kat orang, sekali sekala orang mengata kat parti hangpa, tak payahlah melompat sangat. Relak sudahlah...! Parti hangpa dgn parti politik lain sama saja. Parti hangpa bukan agama pun...! Perlekeh parti hangpa bukan perlekeh agama.

Hangpa nak boikot syarikat Ust Azhar tu bagi aku tak berkesan pun. Orang ramai yang berurusan dgn syarikat dia kenal dia dan kenal syarikat dia.

Hangpa nak boikot dia bukan pasai syarikat dia salah urus dana korban, atau tak bayar cukai kpd kerajaan, atau syarikat dia bisnes benda haram, atau syarikat dia songlap duit rakyat...

Syarikat dia bisnes betui punya. Rekod syarikat dia bersih. Cuma pasai dia kondem ulama hangpa saja hangpa nak kempen boikot syarikat dia. Lekeh hangpa. Cara hangpa pikiaq pun lekeh.

Patutnya hangpa kempen boikot syarikat kawan² hangpa yg jual kismis jampi, jual air mineral jampi, syarikat tangkap virus korona, sebab semua tu jual agama dan merapu.

Tapi yalah, hangpa tak boikot lah walaupun merapu sebab geng hangpa. Jual agama pun tak pa asalkan geng hangpa. Memang setara tulah otak hangpa dulu, kini dan selamanya.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

No comments: