1. Dulu walaun sibuk menyerang kerajaan PH kononnya kerajaan PH menyokong LGBT.
Sekarang menteri kanan PN sendiri terpalit dengan adegan semburit. Malah aktiviti LGBT dah tak ada kah sekarang ini.
Mufti dah tak bising lagi kah?
2. Ada mufti yang begitu keras menyerang kerajaan PH kononnya pada zaman kerajaan PH ini Islam terancam. Kini dia sendiri yang nasihatkan raja supaya masjid menunda membatalkan sembahyang jumaat di seluruh negerinya sebaliknya semua masjid di negeri lain mengerjakan solat jumaat tanpa ada apa-apa masalah.
3. PAS UMNO menuduh kerajaan PH telah menyokong kumpulan ekstremis cina iaitu Dong Zhong yang menentang pelaksanaan tulisan jawi di SJKC. Mereka mendesak kerajaan PH mengharamkan Dong Zhong. Setelah PN berkuasa Dong Zhong telah diajak oleh timb menteri pelajaran dari MCA untuk berkerjasama dengan Kementerian Pelajaran.
4. Semasa pemerintahan PH auncai telah menyerang kerajaan kerana ingin mengiktiraf UEC. Kerajaan PH dituduh terlalu ikut kehendak cina DAP. Mereka juga mendakwa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan telah terancam. Setelah kerajaan PN muncul, presiden MCA, Wee Ka Siong berjanji akan mengiktiraf UEC. Auncai hanya diam membisu.
5. PAS pula beria-ria ingin melaksana hukum hudud dan memperjuangkan RUU355. TAPI bila mereka bersama membentuk kjaan PN berbagai dalih yang muncul. Hudud tak sesuai untk masyarakat kita dan sukar nak bawa usul RUU 355.
KATA DULANG PAKU SERPIH KATA ORANG AKU YANG LEBIH...
What Goes Around, Comes Around