Cetus ‘episod hitam’ disaat rakyat diuji COVID-19 tindakan tidak bertanggungjawab



Pihak yang merancang mencetuskan ‘Episod Hitam’ dalam sejarah demokrasi negara di saat tanah air dan rakyatnya berdepan ujian getir penularan Covid-19, adalah tindakan sangat tidak bertanggungjawab.
Perkara itu disuarakan Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini.
Menyingkap kembali tarikh keramat 24 Februari 2020, Dr Dzulkefly berkata ia adalah kicauan terakhir beliau selaku Menteri Kesihatan (Kerajaan Pakatan Harapan tumbang).
“Sejumlah 22 kes positif Covid-19 dan 20 kes sembuh sepenuhnya. Dua kes berada dalam wad di Hospital KKM. Kes terakhir adalah pada 15 Februari.
“Ia sekali gus menandakan gelombang pertama telah tamat. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros dan banyak pihak-pihak lain turut mengiktiraf Malaysia dalam mengurus jangkitan kluster Covid-19 hingga ke saat itu.
“Manakala, gelombang kedua bermula 11 hari kemudian, iaitu pada 27 Februari, dalam ‘Kegelapan Malaysia’ yang mengharungi pelbagai ketidaktentuan dan keberantakkan politik.
“Tumpuan membendung Covid-19 jelasnya tergendala, tanpa Menteri-Menteri Kabinet & Nadma yang ketika itu dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri.
“Sangat tidak bertanggungjawab mereka yang merancang mencetuskan ‘Episod Hitam’ dalam sejarah demokrasi negara ketika rakyat dan negara berdepan ujian getir ini,” bidas Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi AMANAH.

No comments: