TOKOH POLITIK DARI DULU HINGGA KINI YANG PERNAH DIMANFAATKAN UNTUK MENGEKALKAN KUASA POLITIK OLEH TUN MAHATHIR.



Bermula dengan Tun Musa Hitam. Mahathir menyimpan Musa Hitam sebagai TPM kepadanya untuk menghalang kebangkitan Tengku Razeligh (Ku Li). Oleh kerana Musa Hitam mula dilihat sebagai sosok yang bakal melawannya, Mahathir mula bertelingkah dengan Musa Hitam sehinggalah Musa Hitam meletak jawatan. Akhirnya, Mahathir jemput Ghafar Baba menggantikan tempat Musa Hitam (masa itu Anwar belum diyakini boleh berhadapan dengan Musa Hitam).

Setelah Musa Hitam berjaya dihancurkan, Ghafar Baba menikmati posisi sebagai TPM (sementara) kerana Mahathir tidak pernah mahu ikhtiraf Ghafar sebagai TPM yang layak. Akhirnya, Anwar digalakkan melawan Ghafar Baba dalam perebutan jawatan TPM dan Anwar berjaya berada di posisi TPM.

Anwar sebagai TPM juga dipotretkan sebagai orang yang sedang mahu cepat menggantikan Mahathir. Oleh kerana pengaruh Anwar yang kuat dan begitu cepat merebak dalam UMNO, Anwar dicarikan cara untuk menghancrukannya bukan melalui  pemilihan jawatan. Sebaliknya, budaya politik kotor mula digunakan sehingga memanfaatkan sistem kehakiman dan PDRM.

Sebelum itu, menariknya Anwar masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981kerana kelicikan Mahathir mempelawa Anwar untuk memberangsangkan konsep Islamisasi dalam pentadbiran Mahathir. Apa yang jelas, Mahathir mahu melumpuhkan pengaruh Hadi dan PAS yang dilihat sebagai cabaran kepada Mahathir. Untuk mencapai hasrat ini, Anwar merupakan satu-satunya tokoh muda yang sangat menarik perhatian masyarakat Melayu dan boleh berhadapan dengan PAS.

Ketika Najib berkuasa dan dilihat menyeleweng dari harapan Mahathir, Anwar yang berada di penjara sekali lagi dimanfaatkan oleh Mahathir melalui persepakatan dalam PH hanya untuk membuang Najib dari KUASA.

PH bejaya perintah dan Anwar keluar penjara untuk bersedia menjadi pm ke 8. Bagaimanapun, Mahathir (dengan bantuan Daim) tidak pernah ada hasrat untuk membiarkan Anwar menjadi pm ke 8. Mahathir pelihara Azmin Ali dari dalam PKR, parti Anwar. Azmin Ali masih tidak kuat untuk berhadapan dengan Anwar (yang didokong DAP), Mahathir pelawa Hishamuddin (yang bermasalah) untuk menyokong Azmin Ali membuat strategi pintu belakang sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi strategi Anwar. Inilah apa yang dipanggil sebagai "DAULAH TERPENDAM" Mahathir.
 *dr fb Pemikilan Sampulna

No comments: