Marhain di Kamar DiRaja?

SIRI 1



Patik memohon ampun kepada kebawah Duli  Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu kerana menggunakan tajuk sebegini dan beberapa istilah di raja.

Terenggganu Darul Iman,adalah satu negeri yang penuh nilai sejarahnya khasnya BATU BERSURAT.

Sebagai sebuah negeri yang majoriti melayu. Kini,Terengganu dibawah kekuasaan pemerintahan PAS!

Kekuasaan PAS telah memberi kuasa kepada pimpinan PAS melaksanakan berbagai polisi dan tindakan yang membolehkan PAS dan individu yang bergelar pemimpin mengatur hidup dengan menggunakan harta rakyat!

Seorang pimpinan PAS di Terengganu telah memegang sebagai pengerusi kepada 2 buah buah hotel milik kerajaan negeri Terengganu.

Dengan memegang sebagai pengerusi kepada kedua-dua hotel tersebut,beliau telah mengunakan sepenuhnya KUASA yang beliau miliki untuk kesenangannya dan keluarga dengan berselindung di sebalik jubah.

Hotel dikehendaki menyediakan 3 bilik bertaraf Royal Suite kepada beliau sepanjang beliau menjadi pengerusi. 

Royal Suite yang biasanya disediakan untuk para raja dan orang kaya-kaya menginap telah terpaksa digunakan sebagai bilik menampung keluarga dan kawannya.

Macam Istana hinggap. 

Bayangkan harga bilik Royal Suite sekitar RM5 ribu semalaman, cuba kira berapa kosnya:-

RM 5,000.00 X 3 X 30 X 12 bulan.
Jumlahnya = RM 15 ribu 3 bilik bagi satu malam.
RM 15,000.00 X 30 hari= RM 450 Ribu
Untuk tempoh setahun= RM 450,000.00  X 12 bulan=
RM 5,400,000.00.

Bayangkan dengan sejumlah itu bagi setahun, hotel terpaksa digunakan oleh pengerusi, kat mana nak dapat untung?

Inikah yang dikatakan "Beruk baru dapat bunga" atau " Lebai berlagak "Sultan"?

Harta rakyat telah sewenang-wenangnya digunakan untuk kepentingan diri tanpa rasa bersalah!

Menteri Besar Terengganu adalah dituntut untuk lakukan siasatan terperinci apa yang telah berlaku!

Ingatlah mati itu pasti dan AMANAH RAKYAT JANGAN DIKHIANATI....!

Nyamuk Menggigit
2 Jan 2020

Raja Kamarul Bahrin Shah
Razali Idris
Ng Chai Hing

No comments: