Allahummafirlalu warhamhu waafihi wa'fuan hu
CIkgu Zuber adalah webmaster LAMAN MARHAEN telah kembali ke rahmatullah.Beliau antara penyumbang bagi blog ini diperingkat awalnya dan saya meletakkan laman beliau sebagai antara contribution sebagai tanda sokongan beliau.Blog ini dibina sekitar 2007 lalu dan beliau meletakkan posting lama yang tidak ingat ketika saya bekerjasama dengan Q pengendali LAMAN REFORMASI. Juga RN yang kemudiannya webmasternya membina Laman KL TODAY...dan terputus hubungan kemudiannya sekitar 2008.
Mengenali beliau sejak sekitar 2005-2006 dan setiap pagi sejak akhir akhir ini diawal pagi sekitar jam 4-5 pagi beliau menghantar wassap berupa nasihat dan juga ingatan buat sahabat yang mengenali beliau.
Sekitar 2 tahun lepas beliau sisahkan mengidap cancer dan sejak itu beliau selalu menceritakan tentang kehidupan beliau dan juga keluarga serta anak murid beliau yang sering menziarahinya...anak murid yang baik.Beliau seorang guru bahasa Inggeris di sekolah menengah di Kedah.
Laman Marhaen adalah antara laman pro reformasi yang menyediakan tapak untuk aktivis dan rakyat menghantar masej selepas Laman Reformasi Nasional. RN dan Laman Reformasi Mahazalimtwo berkubur dan sekitar 2001-20+± Laman Marhaen menjadi tapak bagi aktivis mengasah bakat buat menulis.Malahan pendedahan pendedahan dari unnames biasanya kami terima.. Risiko sendiri tanggung...Sama ada web masters atau bloggers, meluangkan masa berjam jam untuk mengedit dan menulis serta menerima sumbangan dari penyumbang menyumbangkan artikel.Tenaga, masa dan kewangan semuanya ditanggung sendiri.....ramai menyediakan semuanya demi rakyat....
Marilah kita menyumbangkan sedekah Al Fatihah buat Allahyarham dan "A Man behind the screen" ramai yang tidak kenal malah tidak dikenali.Wassap akhir buat saya
Mesej dari anak beliau....
Assalamualaikum.. Saya Ahmad asyraf bin Ahmad Zuber anak kepada Ahmad Zuber Bin Mohd Said.. Disini sya ada berita dukacita, bahawa saya AHMAD ZUBER BIN MOHD SAID, telah kembali kerahmatullah pukul 2:45AM.. Semoga ayah sya ditempatkan dikalangan org beriman.. Minta jasa baik semua yg mengenali ayah sya, mari sama sama kita sedekahkan AL FATIHAH..