VIDEO DIA BERCAKAP ADA DISERTAKAN: Dr Rais Yatim- Jangan takut dengan transisi dan reformasi.













Mohamad Ezam  Mohd Nor





1.Kenyataan Dr Rais Yatim yang amat negatif terhadap transisi kepimpinan negara agak mengejutkan walaupun bukan sesuatu yang luarbiasa.

2.Menjadi lumrah di mana2 didunia sebarang usaha perubahan dan reformasi akan mendapat tentangan kelompok elit lama yang sudah terlalu biasa dengan tatacara lama,perangai lama dan usang.


3.Dr Rais adalah bekas menteri kerajaan lama BN dan menganggotai kabinet kerajaan lama itu dalam pelbagai portfolio dalam tempoh yang lama.

4.Transisi dan reformasi adalah konotasi baru dan pembaharuan.Transisi bukan cerita lama dan kisah lalu.Ianya adalah soal masa depan.Maka ia seharusnya dilihat dan disambut dengan positif dan harapan, bukan dengan sikap negatif dan ketakutan.

5.Bila takut maka mulalah melalut.Tak perlu melalut soal proses pengampunan.Proses itu sudah pun selesai.Malah sosok yang disasarkan itu sudah pun menjadi Ahli Parlimen dan melalui proses demokrasi yang sah dibawah undang-undang negara.

6.Koalisi yang mendapat mandat memerintah juga telah memutuskan soal transisi ini dan perjanjian telah pun dimeterai dan ditandatangani oleh semua pemimpin parti koalisi.

7.Yang melalak kuat sekarang adalah mereka yang takut kepada transisi dan reformasi kerana transisi dan reformasi ini akan menggugat kepentingan mereka.Kepentingan negara tidak akan tergugat malah menguat dengan reformasi yang akan menjadikan negara ini lebih bersih dari sebarang unsur yang fasad dan merosakkan khususnya rasuah dan kehilangan khazanah negara.

8.Tidak ada jambatan yang akan 'dibakar' di era pentadbiran reformasi nanti.Yang 'terbakar' adalah unsur2 rosak dan merosakkan negara selama ini, bekas pemimpin yang rasuah dan kaya raya dengan harta negara.Kalau kita bukan dikalangan itu tak perlu merasa bahangnya.

9.Yang takut dan melalut dihari-hari transisi semakin hampir adalah mereka yang pernah menyamun harta negara kerana Reformasi akan menuntut keadilan bagi setiap sen duit negara dan mereka pasti akan dipertanggungjawabkan.

10.Kisah seperti pembelian laptop atas nama rakyat miskin tanpa tender atas alasan keselamatan dan cybersecurity yang memakan belanja berbilion dan menimbulkan banyak persoalan di zaman Dr Rais menjadi menteri kementerian berkaitan dahulu tentunya akan dinilai semula dan disiasat.

11.Dan sekiranya Dr Rais sebagai menteri pada waktu itu tidak terlibat dalam sebarang bentuk kecurangan dan penyelewenga makanya tidak ada keperluan baginya menjadi takut dan melalut menghadapi transisi dan reformasi yang mendatang ini.

12.Malah Dr Rais sebagai pemimpin senior seharusnya lebih positif, lebih memahami dan sekarang sudah berada dibarisan hadapan membawa bersama parti baru beliau PPBM mendepani proses transisi dan reformasi ini agar proses yang amat bermakna dan bermanfaat buat negara ini berjalan dengan tuntas dan pantas sesuai dengan kedinamikan dunia yang mengalami arus perubahan yang semakin deras.

Mohamad Ezam Mohd Nor
6 Jan 2020, 11 Jamadil Awal 1441H.



No comments: