TOK PA BUKAN PEMIMPIN SETIA

Shahbudin Hussein



Ternampak ramai yang keliru, tak faham atau sengaja tidak mahu faham bila Anwar menyatakan tidak setujunya jika bekas pemimpin UMNO dibawa menyertai kabinet.
Maksud Anwar dalam hal ini sangat mudah untuk difahami iaitu bekas pemimpin UMNO yang menyertai PH selepas PRU14 atau setelah UMNO hilang kuasa, bukan bekas pemimpin yang bersama PH sebelum PRU14 lagi.
Dalam PH, ramai bekas pemimpin UMNO di dalamnya, termasuk Tun M, Anwar, Muhyiddin dan ramai yang lain.
Contoh paling mudah ialah Tok Pa atau Mustapa Mohamed, beliau bertanding dalam PRU14 lepas atas tiket BN dan undinya pun tentu kepada BN.
Beliau hanya masuk Bersatu setelah UMNO hilang kuasa lantaran merasa dalam UMNO tiada apa-apa lagi gula di dalamnya. Beliau masuk Bersatu pula kerana parti itu sudah jadi kerajaan dan mungkin merasakan banyak peluang ada di dalamnya.
Bermakna, kesetiaannya bukan kepada perjuangan. Perkataan reformasi pun barangkali liat mahu disebutnya.
Kalau UMNO tidak kalah, sudah pasti hari ini Tok Pa langsung tak teringin nak masuk Bersatu.
Maka, wajarkah orang seperti dia itu dijadikan menteri dalam PH?

No comments: